Monday, June 29, 2009

Funny things about Gombak Scene. love em". Kill eM"

Perjalanan hari ini sangat jauh dan sangat berat. Berat badan aku untuk bangun ketika Jam 6.45 ni, Mungkin kerana selimut kulit babi mengelilingi tubuh badan aku yang berselulit sikit kat pinggang, di tepi bahu-dada dan juga di perut. Musim-musim raya ni memang mengelirukan, azan subuh dianggap takbir raya.

Walaupun bapak aku seorang bilal, solat subuh gajah dipraktikkan dalam kehidupan aku iaitu pada 7.20 minit pagi. Sambil menyanyikan Single’ Ron-95-Raya dendangan Datin Rosmah dan Mawi, aku memanaskan enjin motor wave 100 ber”sit”kan plastic Louise Vitton (LV). (kata faiq – mama kiki kesian tengok sit moto kiki koyak, kebetulan mama baru beli jam LV harga RM23,000 lebih kurang. Mama bagi la kat kiki plastic LV tu sebab kiki nie sweet lah.)

Setelah siap memakai baju, aku sedikit terkejut melihat wajah kacak aku dicermin. Ish..Kenapa macam Brad Pitt hari ini? Minggu lepas macam Salma Hayek..erk silap macam Fahrin Ahmad.

Kemudian dengan berpakaian ala-ala Azean Irdawati dalam filem waris jaris hantu, Mak aku muncul daripada escalator rumah. Barangkali beliau daripada Swimming Pool tingkat bawah basement rumah aku. Beliau terus menegur tanpa mengucap selamat pagi.

“ah kau perasan hensem!!! Rambut serabai macam papa grunge yang selalu membuat pembakaran terbuka. Muka kamu juga muka tiada wawasan, selalu ponteng practical...takyah nak perasan la, dasar maling bisa nyuri budaya indonesia, Ganyang Malingsia penjilat pantat British”

*(dialog bahasa Indonesia itu ditambah-tambah!)

Aku menjawab, “wo hen hao, ni jiao shenme mingze, Mama sebok apsal.”
Terus penumbuk aku sampai di perut mama yang kemudian terduduk dan membisu.

“Pagi-pagi dah membebel”. Kata aku., sambil memakaikan butang di lengan baju dan menatap wajah Ashton Kutcher-Like di cermin.

Dengan lafaz Walla Takrabul Zina..Jauhkan diri anda daripada zina..., eh silap lagi. Dengan lafaz Bismillah dan juga gaya umpama Brad Pitt Muslim dalam cerita Fight Club, aku terus menaiki motor Wave 100 LV aku. Keluar sahaja dari simpang rumah aku, ada dua budak yang menunggang motosikal berpakaian sekolah menunjukkan isyarat Fuck You dengan muka kerek. Cis, dah la perhimpunan dah bermula tapi mereka tidak pergi ke sekolah lagi. Tak hormat orang tua pulak tu. Ni mesti pelapis-pelapis generasi Shuffle nie.

“Meh sini aku sekolahkan kau, lambat pun lambat la pergi kerja. Pegawai-Pegawai di Pejabat tu semua pakcik dan makcik aku keturunan Mendeleng.”

Dengan kelajuan 187 km/j aku menyusuri Highway FUKE di tengah-tengah kota Fasa-7 sambil memaki hamun Pak-Z di dalam hati kerana aku perasan dia baru nak keluar rumah. (Pak Z ialah kawan bapak aku yang selalu report aku hisap rokok dekat orang Surau)

Akhirnya, selepas adengan kejar-mengejar yang mencabar, aku berjaya menyailang motor budak sekolah tadi di hadapan lorong rumah Faiq. Budak tu tercengang, melopong melihat gaya aku. Memang gua dah tak boleh sabar dah ketika ini.

Kemudian gua turun moto dan terus sound. Maka bermula lah dialog bersama jin Macam Harun Din punye buku.

“Apahal kau!”
“Apa masalah kau?.

Kemudian budak sekolah menjawab,

“Erk… Minta maaf Bang, tongkat moto abang lupa kasi mau naik, bahaya tue”.

Aku menjawab dengan nada sedih plus malu la sial, Macam mana gua boleh ter'behave sampai cenggini. Sekemek betol lah!! Aku terus menjawab kepada budak dua orang tadi,

“Oh, terima kasih. Ingatkan apa benda la tadi kan. Nasib baik kau mintak maaf, belajar rajin-rajin. Jangan jadi macam aku nanti menyesal”

Kemudian aku menyambung dengan nada rancak bagi meng'cover malu besar gua. Memang besar malu ni, jatuh reputasi gua. Cerita bapak bilal anak kaki tonggang pun gua rasa tak buat gua Malu sampai cenggini. Kiwaklah...

Tetibe mentol dalam kepala otak gua menyala. Yeah. Gua dah dapat Idea untuk Coverline mistake ni... Apalagi.. Gua pun tanye itu budak,

” Muka kau nie macam Jep lah, kau adik dia ek? Sebab tue aku kejar kau”

”Jep buat apa sekarang? asal dah lama tak Nampak?”. Tambah aku lagi.

Adik yang sopan membalas pertanyaan,

“Erm… Silap orang kot bang, saya anak sulung. Saya minta diri dulu lah dah lambat nak pegi sekolah, tadi hantar mak pegi Klinik kat Fasa 1. Assalamua;alaikum. Selamat Hari Raya”

Dengan muka merah seperti Bradd Pitt tengah menahan nafsu syahwat beliau ketika bersama Angelina Bibir Guli, aku pergi membawa hati yang duka dan lara dek malu. Rupa-rupanya dia menggunakan jari telunjuk untuk menggambarkan tongkat motor aku.

Oleh kerana pandangan aku dari sudut 70 darjah, jari telunjuk beliau nampak macam jari fuck. Ini juga mungkin kerana aku selalu ponteng/tidor ketika kelas Sains Puan Felicia Keys, “if I ain’t got you“ tu. Lalu aku pun terlupa subjek Ilusi Optik yang aku pelajari.

Ingat tak susun kadbod banyak2 buat lubang tengah2 pastu letak lilin. Ah. Korang pon lebih kurang aku jugak jangan nak lebih. Proses kerja pon tiru aku apatah lagi pemboleh ubah, pemalar, pemanipulasi, pekerja seks dan hamba abdi.

Secara realitinya juga baru semalam dan sejak dari tingkatan satu aku lepak dengan Jep sampai aku rasa semak. Aku juga kenal wajah-wajah minang adik beradik beliau. Am (adik jep) juga berada di Dungun satu ketika dahulu bersama aku, Kami hampir bercinta tetapi atas alasan kerjaya bla bla… eh asyik2 silap je.. Masakan aku boleh lupa wajah adik-adik dia yang Pan-Gaban tu. Bukan Pan-Asian.

Perjalanan diteruskan. Hari ini sangat banyak kereta tak seperti hari Rabu minggu lepas. Selepas masing-masing membesarkan perut dengan open house dan tido dan open House, warga-warga kota meneruskan pencarian harta dunia yakni akan menjurus kepada mereka menjadi kufur Nikmat. Okay. Ntah hapa2 article ni.