Wednesday, December 23, 2009

Kenangan, love, friendship and Bikini Bottom

Dungun, Terengganu. September 2008

Petang itu tidak seperti biasa. Naluri hati inginkan ketenangan. Aku membuat keputusan pergi menikmati keindahan alam. Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan semenjak berada di sini. Berpaksikan Laut Cina Selatan, aku duduk seorang diri menghadap keindahan ciptaan tuhan yang maha agung. Angin-angin pilu menghembus di wajahku-bersama tempias-tempias air laut. Sisiran bot nelayan di pantai aku amati sehingga ia lupus daripada pandangan. Dengan perlahan-lahan tubuhku terus berlabuh di bawah pohon yang rendang…

Sekali-sekala muncul anak ketam yang girang berlari di pantai. Desiran ombak kecil membuatkan si ketam kecil berlari kemudian pergi dan berlari dan pergi lagi. Seperti teman yang setia, ombak mengejar dan melayani karenah si anak ketam . Cuaca ketika itu sangat indah, awan kolumbus seperti berpakat mengikut angin. Sekali-sekala awan mendung berarak ke utara dan sinaran mentari menyuluh redup jiwaku.

Aku segera menyalakan rokok Winston sambil pemain MP3 memainkan lagu kumpulan Mocca, “The Best Thing in The World”. Bersama Kepulan asap rokok, suasana bertambah syahdu.

Sedang khusyuk aku menyaksikan keindahan alam, muncul satu-dua kumpulan pelajar turut serta bersama aku. Waktu-waktu petang begini memang waktu kemuncak. Sesi kuliah telah tamat dan kebanyakan pelajar meluangkan masa untuk beriadah bukan menunaikan sai’e di Arafah atau melontar jamrah. Di dalam satu-dua kumpulan itu aku perasan rakan baik aku merangkap lagenda di Dungun. Beliau berjalan riang bersama teman wanitanya a.k.a Fafau nafas panjang.

(Fafau kaki trumpet, mewakili UiTM sehingga extend satu semester).

***
Nama rakan aku tadi ialah Azne Hafiza bin Majid(x sure nama bapak dia). Seorang muysrikin Hardcore yang dah sesat dan tak boleh dibendung lagi kesohihannya. Aku selalu memanggil dia dengan nama Zeni atau Zeni Kambing. Bukan niat di hati ingin menghina tapi apabila Zeni start senyum sinis, memang mirip kambing gurun yang dahagakan kasih sayang keluarga dari Ijok.

Okay, cuba kau bayangkan kartun Berita Harian “Senyum Kambing” tapi berambut screamo macam Tomok One in A Million?(ha…apa cer..) Macam tu la beliau. Pernah satu hari ketika melepak di rumah sewa, aku dikejutkan dengan teriakan rakan-rakan rumah sewa beliau yang lain. “Bangun-bangun, lari tabligh ada kat depan, tabligh tue kenal zeni, habis la kita masak,”. Aku dah dapat mengagak ini semua gimik. Aku bangun dari tidur dan menjenguk ke tingkap. Ya, tepat sekali segerombolan kambing, yang diketuai seekor pelanduk tengah mencagut rumput di laman rumah. Lawak kambing datang telah tepu setelah enam belas kali dalam seminggu di ulang. Update la sikit kalau nak melawak.

Walaupun buruk rupa dan perangai, kami selalu berkongsi masalah dan Maggi dan boxer dan puting tetek hitam, kondom, ketiak, kutil, dan katil dan rokok dan Zenan dan kojek (apa barang kongsi zenan ngan kojek kau ambik lah dia…). Tak kira la apa-apa masalah samada makanan, kewangan dan lain-lain, beliau dah dikira soul-mate. Zeni juga seorang yang genius tapi disalah gunakan kelebihan itu. Dia mendapat tempat di sekolah berasrama penuh MRSM Besut satu ketika dahulu. Tapi oleh kerana semangat Mathematical Hardcore nya (Mathcore) yang lebih tinggi, dia terlupa formula Pai J kuasa kuasa kuasa bapak kau la mathematic, -: iaitu pelajaran Mathematic yang sebenar di sekolah.

Tak seperti rakan-rakan beliau yang berjaya, keputusan SPM nya sedikit hambar. Tamat pengajian dia ingin pergi ke Kaherah, ingin menyusuri hidup sebagai pengembala kambing katanya. Takpun ingin menjadi Ibu Susu atau ibu tumpang kepada bayi-bayi di Kaherah.(malang sungguh generasi Kaherah selepas ni) Tapi, oleh kerana desakan keluarga dan rakan-rakan, beliau akur dan menyambung pengajian di UiTM Dungun.(dengar citer bapanya sanggup pergi ke Yaman untuk mengambil air Yasin bagi melembutkan hati beliau.)

Kami berkongsi minat muzik yang sama iaitu Keroncong Portugal dan Porno-Dangdut. Selain itu, Zeni juga seorang dewa gitar. Ya, Itu teriak rakan taulan dari Dungun. Dalam proses menjadi low-profile ultimate guitarist rockstar yang looser without salaries, Zeni banyak mengubah prasangka sinis aku tentang Metal. Aku pun suka Metal Core sebab Zeni. Bila borak pasal muzik especially scaling baru, dari tengah hari hingga Syuruk tahun depan pun tak habis, yakjuj makjuj pun dah berjaya keluar waktu itu. Memang Best. Di masa terluang kami akan bertukar-tukar pandangan tentang muzik dan pengalaman…

Pengalaman…
Serius kalau Zeni yang dah extend Sembilan semester tiada, kalau dah ditakdirkan aku tak kenal Zeni sampai sekarang, tiada model untuk aku lihat siapa yang low profile looser sampai sembilan sem,.. Maybe aku sekarang ni extend dua belas / empat belas semester dan tengah penat jalan kaki pegi kelas sorang-sorang pastu Dismiss…Yeah, I’m the greatest super looser in the making. But, I’m not. Pengalaman Zeni pengalaman aku…

***

Bila kembali ke bumi, ya di pantai itu….

Aku pun melambai dari jauh dan Zeni segera datang ke pohon tempat aku beristirehat di pantai. Teman wanitanya awal-awal dah lari balik ke asrama. Mungkin tak boleh menahan nafsu melihat liuk tubuhku yang tampak mengiurkan dari jarak 13.7 Meter.

Petang itu kami melepak bersama. Bermacam-macam perkara kami bualkan. Antaranya ialah asas pertanian, asas fardhu ain, polisi insurans, prosedur ketika menghadapi tatatertib, sistem tuas, politik wang, gizi pemakanan seimbang, Gizzy Bear, Winnie the Pooh, blues clues, dan cerita hala tuju masing-masing.

“aku menyesal main-main pastu extend, kau jangan la jadi macam aku,”, Zeni.

Alhamdulillah, Zeni dah berada di Shah Alam, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan).

Tapi, sebab manusia itu umpama waktu, kejap dekat nombor satu, kejap dekat nombor dua. Kadang-kadang tengah-tengah nak kata pukul satu ke pukul dua? Tengok sekali lagi, dah pukul lima…

Atas nasihat rakan-rakan, Article ni nak sedarkan kau, dah nak dekat Exam
-keep fucking da world mate-

*Zeni jangan sampai kau jadi pukul 12.00.