Saturday, January 30, 2010

Almost a tragic love story with not so tragic ending.

Sri Iskandar, 0235, 22/12/09

Sampai di destinasi. Sambil dada kembang, tangan berkepak, aku terus ke tapak gerai dan mengemas barang untuk berniaga. Sedang khusyuk memasang alas meja, tiba-tiba segala pergerakan ku terhenti.

* * *

Jelas sekali terasa, darah ku di pam dari bahagian peha. ia sangat perlahan, sampai aku dapat merasa turutannya, dari pinggang kemudian ke dada, ia naik lagi ke leher dan ketika ini aku dapat rasakan segala bulu roma yang meremang, seterusnya ia ke telinga dan akhir sekali di kepala. Aku tergamam. Bagai ada yang menekan butang “pause” daripada alat kawalan jauh. Perasaan gemuruh yang pertama kali datang dalam hidup ini. Ya, ianya perasaan yang sangat ganjil.

Walaupun hanya lima saat...

Aku hanya mampu menganggap ada bidadari yang lalu dihadapan. Lirikan matanya peruntun setiap hati kaum Adam, senyuman itu merawat duka di hati semua lelaki, dan wajah yang sempurna itu, setenang lautan yang sepi...

Matahari di seri Iskandar menjadi saksi keindahan awek tu. Dan aku rasa marah dekat matahari sebab kepanasan sinaran u-v akan membuatkan kulit muka awek ni menjadi hitam dan berjeragat. Nasib baik ada sendayu tinggi, selulit pon boleh kasi clear, takdela goyang sangat.

Aku suspek awek tadi berniaga kat kedai hujung. Peserta expo MARA ni jugak. Tak salah aku,tapak gerai dia sebelah kedai kerepek abang Meor. Awek tu aku rasa mungkin jual ubat,herba,makjun atau pil chicki teck aun dan sewaktu dengannya. Dia selalu dengan mak dia. Tapi mak dia takde la cun, kating-kating mak aku jugak. Biasa-biasa jer. Mulut mak cik tu pun nampak cam kuat mebebel. Kating-kating mak aku gak.

Serius, lepas kejadian aku usha dia, dia usha aku, aku dah jadi bacul nak tengok kat belah kiri daripada gerai aku . Kedai awek tu selang tiga-empat khemah jer daripada gerai aku. Aku tak berani la sial nak pegi. Status gay comel ni sering menghantui aku. Ni semua kerje murai.com la buat fitnah berleluasa. Habis kuat aku merayap pun sampai kedai kerepek abang meor. Itu pun sebab abang meor offer kerepek free, krepek sample. Kadang-kadang aku ngan abang meor sembang pasal Dajjal. Itu je.

* * *

Ish... Perasaan ganjil meremang tu datang lagi lepas aku usha awek tu jalan kating-kating Scha dalam iklan MyEG sebelum EPL bermula ke gerai aku. Serius, background muzik iklan tu pun ade time tu. Yang takde hanyalah bunyi “toink” dan Scha memegang kad myEG bertukar menjadi mamat tak hensem dah tua macam Mat Busu Pi mai Tang Tu. Aku tak tipu. Bebalik kepada cerita tadi, ZAP!! Mak dia benti depan gerai aku, pastu belek-belek rempah aku dan bertanye soalan yang mungkin dicipta sebelum menghampiri gerai. Nasib baik mak aku dah study soalan spot dan beliau menjawab sambil tarik bulu hidung cerobong sebelah kiri.

Slow-slow aku pegi belakang buat-buat baca buku A place Called Freedom karya Hasbullah Awang. Aku pon tak tau apa aku baca. Yang pasti, muka awek tu iras-iras Mila Kitaremitsu, tapi japgi dia tukar iras-iras Penelope cruz plak. Dan akhirnya sampai masa yang aku takutkan. Mak aku memperkenalkan aku,

“Ohhh... ni ha.. anak yang bongsu,”. Aku melemparkan senyuman cute Hero filem Twilight ke mak cik tu, kemudian aku pandang awek tu...

Gugur jantung aku, bila dia reply aku nye senyum... kemudian, kami bertukar nombor telefon, e-mail dan bercerita pasal sosiopolitik dan macam-macam lagi. Indahnya dunia ni. Rasa bahagia macam lagu Angin Bayu Membaya Diriku by kumpulan Pu3.

*cerita sebenarnya ialah, mak awek ngan awek tu tak beli pon rempah aku. Dorang jalan depan gerai rempah aku dan membuat muka bajet-bajet. Mentang-mentang la gerai aku standard-standard gerai kat pasar malam. Gerai dia update sket je ada kabinet ngan uniform. Ceh itu pon nak berlagak. So, aku pon reka lah cerita ini. Aku menyirap dan tunjuk fuck,(dalam hati) kemudian buat gerakan x-pac sambil meloncat kat mak cik tu(ini pon dalam hati). Dengan bakal menantu berkira, susah la macam nie.

Best tak kene kencing. Sekian.