Sunday, September 19, 2010

Kisah Naim

Kisah lama

Lu memang cibai. Dalam banyak-banyak kawan dengan kau lah aku...

Hari itu hari Jumaat. Aku bangun pukul 1.15, badan letih-letih, mata barai, tetek layu. Memang letih lah nak pergi semayang jumaat.

Okay, time aku keluar rumah cuaca panas terik yang amat. Ketika nak naik bukit menghala ke Masjid tu, Matahari macam 3 Jengkal kat atas kepala, muka aku panas. Rasa macam dibakar-bakar. Badan aku berpeluh-berpeluh. Ketiak aku basah. Bulu jubur rasa banjir. Celah kangkang rasa cam nak melecet, macam kawat Kadet Polis time skolah. Mata aku dah habis sepet dah lebih kurang mata Naim. Cahaya matahari berjaya menembusi kulit aku. Habis rosak muka aku terkena sinaran UV itu hari. Satu hal pulak nak kene buat facial.

Setelah mengharungi jalan berbukit menghala ke masjid, aku menaiki pula Tangga belakang Masjid itu. Tanda aku sudah berjaya ke Masjid. Waktu itu memang meletihkan dan mencabar keimanan. Segera aku berlari anak menghala ke dalam Masjid. Aku bergerak dengan pantas kerana solat Jumaat telah pun bermula.

Aku tiba di dewan solat agak lewat. Jemaah lain sudah melaungkan takbir. Imam sudah memulakan solat. Sedang aku sibuk mempersiapkan diri untuk takbir, aku terperasan rakan aku yang bernama Naim Sirap Ros Arab di bahagian Saf belakang. Kalau tidak silap Zaid berada di sebelah beliau menjadi rakan jemaah Naim. Tidak Sangka!!!

Aku sungguh terharu melihat Naim dan Zaid yang secara mengejut ke Masjid. Kebiasaannya masjid mereka di Kawasan masjid baru di Fasa-3. Masjid Mamak. Dan tidak ku sangka juga mereka sampai lebih awal daripada aku. Manalah tahu Naim menjadikan Khutbah hari ini sebagai Iktibar barangkali. "Setiap Manusia itu pasti berubah, Alhamdulillah," getus daripada gelodak perasaan aku yang semakin tidak percaya.

Semasa aku didalam masjid, aku memerhati kiam Naim...

Sungguh kemas gaya beliau mengangkat takbir. Muka beliau juga serius dan nampak meyakinkan. "Allahuakhbar...", Aku memerhatikan setiap pergerakannya ketika melaungkan kalimah itu. Perlahan-lahan takbir diangkat. Beliau nampak amat khusyuk.

Kedua-dua belah tangan nya diangkat ketelinga, muka beliau didongakkan ke atas, matanya terpejam. Penuh nur cahaya di wajah beliau ketika melaungkan takbir. Selepas itu perlahan-lahan tangannya diturunkan. Tangan kiri beliau diletakkan di pusat dahulu, tetapi tangan kanannya masih di angkat.

"Mungkin ambik masa sedikit untuk menjatuhkan tangan kanan beliau, sungguh mengasyikkan gaya Naim mengabdikan dirinya kepada Tuhan. Sungguh Khusyuk!!!", bisik aku di dalam hati.

Tiba-tiba, aku melihat tanda-tanda kiamat. Ya, Allah Naim!!! Tangan kiri di turunkan, tetapi tangan kanan beliau tengah membuat bentuk peace sambil melaungkan takbir!!!

Ketika tangan kanan beliau itu membuat peace jugalah, Naim menegur aku "Hai Zikri Musa (nada Ustaz Man....),". Sambil memakai kopiah, Mata Naim yang sepet itu terbeliak merenung tajam mataku. Tersenyum. Aku sungguh terkejut. Aku diserang sawan. Zaid lagilah, sudah huru hara bergegar menahan gelak, 2-3 orang jemaah bertaraf pakcik-pakcik sudah berguling-guling di lantai masjid. Nasib baik Imam dan Pak Bilal jauh didepan, kalau tak... habis. Dan akhirnya aku tewas...

Aku tak boleh terima beliau membuat Peace ketika bertakbir selepas melihat aku datang. Naim... naim... kau memang keras...

"Aku tak semayang itu hari sebab tak tahan gelak. Akhirnya kami duduk di tepi Masjid sambil merokok."

Naim, Lu memang cibai. Dalam banyak-banyak kawan dengan kau lah aku surrender dulu. Kah kah kah.

Thursday, September 16, 2010

kkkkkkkkkkkkkkkrrrrrr

Aku nak otter. Blog ni dah nampak cam Islamik. lame tak update. Malaslah, takde orang nak baca. balik2 aku yang baca sorang-sorang.