Tuesday, November 23, 2010

Dongakan Bergaya


Z: Abah, Setelah letih menjadi tali barut, saya inginkan habuan saya.

A: KURANG AJAR PUNYE BUDAK!!!

A: Aku besarkan kau dengan penuh kasih sayang tak mintak duit pon!!!
Lagi satu, awak mintak duit siapa untuk rumah sewa awak di Shah Alam!!!

"Debukk..."
"Geleguk!!!"

Satu penumbuk hinggap di perut Abah. Beliau terus membongkok dan cuba menangkis hayunan lutut aku. Tapi tidak berjaya. Abah terkebelakang satu dua langkah dan terus terbaring terlentang memerhatikan kipas di ruang tamu. Mulut beliau bersembur darah-darah. Berbuih-buih. Aku segera membelakangi beliau. Gagah aku berdiri sambil kekuda ku diluaskan. Aku mendongakkan kepala, Lenganku dikembangkan. nafas di tarik dalam-dalam. Terasa angin kipas daripada dapur memenuhi wajah. Aku memejamkan mata...

"Sambil membelakangi beliau, aku mendongak dan menjeling Abah secara sinis dengan menoleh kepala secara 45 darjah kebelakang"

"Abah serak-serak basah dan tidak berdaya cuba bersuara"

Memang sah. Itulah DONGAKAN BERGAYA


Monday, November 22, 2010

Cahaya

Dalam samar-samar, aku terlihat cahaya.
Telefon pon berdering.
Mimpi indah bersama Rosmah menggamit pilu
Cahaya, yang hadir memenuhi di depan muka
Kelibat sang penyair, berdoa menggamit pilu
Menghancurkan harapan dan cita-cita
Layu di sisi toto, beku di hadapan teratak sunyi
Tiba-tiba bantal sebesar pemeluk hinggap di kepala.

"Dah pukul berapa nih, udah2 la tuh bawak perangai kat rumah pegi kampung, subuh dah la gone"

Thursday, November 18, 2010

Perak

Pang!!!
Satu lempang hinggap dekat muka aku.

Saya tak nak ikut Abah. Saya dah bosan jadi tali barut Abah. Tolonglah Abah. Saya tak nak. Saya Tak nak. -

"Awak ni Zickler, kalau duduk rumah pun akan jadi Tali Barut Russia. Kau jangan nak mengada-ngada. Jom ikut"

Abah, tolonglah... Saya dah besar, saya boleh buat keputusan sendiri.

"Kalau awak ikut Abah, abah bagi sehari 30Ringgit"

Okay.

Ondaway to Heaven.

Derhaka di atas papan kekunci

Pagi yang sunyi,

Yang ada hanyalah kehidupan

Jelak bila mencelik

Jemu bila mendengar


Tangisan hamba di dalam hati

Abdi mendengar adalah minda

dikemam jadi irihati

diluah, gusar benci


dan akhirnya....

Ku berhenti disini

Pantas kilat melirik

Bila dilihat dari sudut kiri

Ngauman si naga betina.


“AWAK NI TAKDE KERJA LAIN KE PUKUL 12.00 TAK BANGUN LAGI...

Gua pikir lu mak jer.

Tuesday, November 2, 2010

Warna di Putrajaya

Selasa, 18 Mei 2010, Putrajaya.

Kehidupan itu penuh dengan warna kan?
Pukul 1.00, bertolak dari rumah ke Putrajaya. Berniaga rempah lah. Apa lagi. Warna kehidupan gelap dalam perjalanan apabila rasa mengantuk daripada melepak menguasai diri. Dan bila aku sedar daripada lena yang nyenyak, kubah Masjid Putrajaya meyambut kedatangan aku dengan penuh girang. Waktu itu awan mendung seperti ingin memuntahkan lavanya.

"Mintak-mintak tak hujan," bisik aku yang bertubuh umpama model ini di dalam hati.

Sampai di presint 2, Bos terus mendaftar di kauter Urusetia Pasar Tani. Hasil undian kami dapat gerai yang agak hujung. Selesai memasang meja dan memunggah barang, Titis-titis rahmat turun membahasai Putrajaya, tempias-tempias rezeki juga nampak tipis. Alhamdulillah syukur, mungkin sekejap lagi hujan berhenti.

Dua jam pelangi menemani kami pada petang itu. Indah. Kami bertiga tersenyum. Kemudian, fajar merah mengambil alih tugasnya di Presint 2. Dalam suasana yang renyai-renyai dan sepi, bini bos berdialog, "Ajal, maut, jodoh, rezeki di tangan tuhan". Kita hanya mampu berserah.

Daripada pukul 1.00 sehingga 10.00 malam Pasar di Putrajaya lengang. Hari yang suram untuk penjaja. Rahmat yang turun tak dapat ditukar menjadi "Cash Money". Mampukah aku senyum?

Untung hari tu = RM50
(-)
Duit sewa tapak = RM45
Duit metol + elektrik = RM5
Duit minyak = tak tau
Duit tol = RM3-4 pegi balik

Duit aku beli ayam
Goreng Uncle BOB = RM5x2 + Murtabak + Burger + Nescafe Ais 3

Total RUGI = (-)RM 30 lebih kurang.

Ketika mengemas, senyuman bos dan bini bos membuatkan aku bingung. Mereka sangat cool macam untung RM15000.
Atau aku ni hidup senang sangat, tak penah rasa susah. Kejap-kejap merengek nak susu.
I learn my ultimate lesson today. Thank you. Seriously, berharga sangat.

*Tapi serius ayam uncle BoB paling champion kat Putrajaya!!! Kalau ikutkan hati memang tak nak ikut. Tak Masyuk lansung. Ketiak basah pulak tuh. Sebab utama ialah Ayam Uncle BOB yang bertahkta di hati!!! Yeayyyyyyy........... memang aku mampu tersenyum!!! Inilah Warna Kehidupan KU!!!!

ahahahahahah... KAH KAH KAH

p/s : Kemampuan untuk berfikir adalah salah satu Rahmat Tuhan. Jadi, Fikir.