Sunday, December 26, 2010

UZTAZ MAT BOND

Bismillahirrohmanirahim (Aku baca dengan laju)
Ammayatassa'alun

Prapp...
Satu libasan rotan daripada uztaz hinggap di pipi. Aku masa tu masih di darjah tiga dan agak cute memegang pipi menahan sakit.

"Baco bismilloh tu molek sikit," Uztaz Mat Bond cuba membetulkan kesilapan aku.

Aku tak berani tenung mata uztaz. Aku cume mengangguk tanda setuju.

Kemudian aku teruskan bacaan.

"WOI!!! WATPO PEGEY PIPI TU. NAK BACO, BACO MOLEK-MOLEK!!! TUNJUK AYAT MANO HAK DEMO NAK BACO, BUKEY PEGE PIPI", Jerkah Uztaz Mat Bond. Matanye terjegil.

Aku punyelah terkejut beruk dengan cute dek teriakan bak halilintar oleh Uztaz Mat Bond itu.

Sekian.


Wednesday, December 22, 2010

Pencarik Tikar ditahun 1998

1998

Masa kecil saya carik tikar kat surau. Lepas tu tikar tu saya letak kat depan pintu masuk surau. Bila dah letak depan pintu, tikar itu mesti disangkutkan dibawah almari atau benda-benda berat supaya ianya (tikar tadi) tidak bergerak. Kemudian, saya akan duduk tepi. Yang penting jauh sikit daripada pintu. Bila tikar dicarik, tali-tali yang berserabut daripada tikar itu akan keluar kan? Apa motif letak tikar+tali-tali berserabut+depan pintu surau+duduk tepi?

Gedebuk!!! "Natey!!! Budok mano punyo kijo nih", Jerit Uztaz Mat Bond ketika kakinya tersangkut dekat tikar yang dicarik.

Kalau hari itu untung. Dapat la tengok sorang dua pakcik@uztaz jatuh tersembam. Selalu yang tersembam ni yang tua-tua lah. Bapa saya pun tak terkecuali antara mangsa jerangkap samar ini.

Mangsa selalunya makmum masbok yang bergerak dengan keaadan laju kerana lambat. Terpaksa mengejar rakaat Imam dan Jemaah.

Apalagi Tuan-tuan dan puan-puan silalah cuba di surau berdekatan rumah anda!!!

p/s-
ada sekali tu, pak cik tu jatuh lepas tu terus duduk tahyat akhir. Kelakar gila. Saya terus pejam mata dan terus bacakan Asma-ul-Husna bila pakcik tu usha-usha panas.

"Sebarang kecederaan ditanggung pihak yang mencuba atau melakukannya sendiri. Annzickler tidak bertanggungjawab diatas segala kerugian yang dialami pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika mencuba atau mempraktikkan aksi ini."

Sunday, December 19, 2010

Tangisan seorang Bapa / Air Mata Jantan

Kisah ini bermula ketika aku tengah berjalan menghala ke Van. Dari jauh aku nampak Bapak aku dah tunggu. Bila aku masuk dalam Van, Abah menangis...

"Abah, kenapa ni abah? Ada masalah ke? Kenapa tak bagitau aku? Kita boleh share...", Aku berpura-pura caring sambil cuba menenangkan Abah. Tapi, tak jadi apa-apa. Tangan kanan abah cuba menahan air mata daripada terus bercucuran keluar.

Abah sedu-sedu. Mata dia merah sambil melihat back mirror dalam Van. Aku diam. Buntu.

Pap!!! YA!!! Itulah gerakan dewa yang aku lihat daripada kecil. Tangan kanan Abah naik sambil mencarik bulu hidung. Selepas bulu hidung dicarik, mata Abah akan jadi putih. Lepas tu badan Abah bergegar-gegar untuk dua saat. Abah akan menggeletek menahan sakit dunia yang sementara. Lepas tu mata Abah jadi merah dan air mata pon meleleh.

Itulah simtom-simtom air mata jantan atau tangisan seorang bapa.

Selamat mencuba you all.
p/s. for first timer, i advice u guna pengepit. Kalau tarik bulu hidung pakai jari susah sebab jari you all tak biasa lagik. Nanti menyesal Air mata dah keluar, tapi bulu hidung tak tercabut lagi. Ha.. gitu. glam glam nyah

Tuesday, December 14, 2010

Stop and Stare and Glare

One day in a pit stop never seem enough. The moment i saw the reason to stop, i believe it will not be the end. The journey is too long.

So, see you next year, your pit stop seem so far, continue the journey then. Go, Achieve your glorious moment. I'll be sitting behind or I'll be your fucking engineer. Even once in a year, whenever you stop, i'll be there - Fixing the thing, fixing you, fix your emotion. Then, you can continue the race again.

Dont forget to stop in my pit, maybe we can start over. Start the race together. Maybe you are the reason I back on that track.
Dont forget pal, i'm your friend, your love and and the most important, i'm your engineer.