Tuesday, December 20, 2011

Ptuih, Adam Adli, AUKU dan saya

Isu ptuih mahasiswa di youtube memang menarik. Lebih-lebih lagi bila ada remix yang menganjing balik pemuda-pemuda UMNO bahagian petaling jaya.

Isu ni pulak bermula daripada Adam Adli selaku wakil persatuan Mahasiswa yang menjatuhkan bendera wajah najib di PWTC - untuk meminda AUKU.

Selaku pelajar, aku rasa, persatuan Mahasiswa atau SSM ke ape benda nama dia pon aku tak sure, tidak mewakili majoriti pelajar itu sendiri.

Yang menjadi masalah ialah video Ptuih Mahasiswa ni membuatkan student-student rasa jengkel dan menyampah dengan tindakan mereka yang esyen-esyen taiko.

Yang penting sekarang ni, isu ini sebenarnya DIPOLITIKKAN oleh ahli politik. Syabas buat Pakatan Rakyat. Oleh kerana PR tau kelemahan UMNO iaitu pantang diusik, mereka telah membuat strategi bijak untuk membuatkan pengundi membenci UMNO.

Eh, kau ingat orang suka ke tindakan pra-matang nak ludah-ludah orang, nak ugut-ugut orang. Pastu kau sebut Mahasiswa ni takde otak. Aku ni, kau nak cakap takde otak takpelah, belajar pon merapu-rapu.

Tapi, bagi Mahasiswa lain, takde otak tu perkataan yang provok diorang tau. Kau bayangkan ada yang tak tidur sampai tiga hari buat assignment atau study untuk score A. Japgi orang cakap kau takde otak. Gila ke.

UMNO pulak, strategi korang tak habis-habis guna TV3, RTM, UTUSAN dan ETC untuk political campaign. Nasihat aku jangan pandang rendah New Media punya penangan. PR nampak peluang ni sebab kebanyakan budak muda memang tak boleh dipisahkan dengan New Media.

Kalau lah, UMNO tenang je handle isu ni, serius la memang benefit dia banyak tau. Rugi doh UMNO. Senang-senang je PR dapat point untuk pilihanraya.

Dan bagi saya, Annzickler, pendapat saya?

Aku enjoy aku punya student life. Aku mengaku lah aku buang duit mak bapak aku sikit-sikit. Tapi, dah nama pun student. Bangun tengah hari, masak maggi, main PES2012, lepak-lepak tengok bola, study, jumpa lecturer, baju kepam banyak-banyak dalam raga, pergi kelas dan macam-macam lagi.

Aku tak rasa pon nak berpolitik. Sapa nak kawan ngan aku sial kalau aku pakai baju sterika-sterika, pastu siap seluar slack, rambut belah tengah, gaya bercakap macam Anuar Ibrahim. Esyen-esyen berpendidikan. Kau gila ke.

Kesimpulannya,
banyak lagi student yang tak ambil port pasal AUKU sebab busy dengan hal masing2.
SSM Mahasiswa yang cerita pundek nak revolusi pon tak mewakili semua pelajar.
Orang UMNO jangan jadi bodoh buat video nak ludah orang. Orang menyampah tau.
Adam Adli tu bangang dia boleh tahan jugak lah
Pakatan Rakyat power main isu untuk provok orang UMNO, especially, yang kating2 kuat bodek nak dapat projek. diorang ni la yang buat orang benci UMNO.
Aku suka main PES2012 graphic lawa doh

Saturday, December 17, 2011

Lelaki yang memandu ke Champion

16,17,18,19,20,21,22,23...

Figure di atas (figure gitu) menunjukkan umur aku dan beberapa rakan yang membesar sekali dengan aku memandu ke Champion.

Daripada 5 biji kereta rombongan kami masa tahun 2005, sehinggalah ke 1 biji kereta yang hanya ada dua orang iaitu aku dan Jenglod ketika oktober 2011.

Champion ialah sebuah club yang rata-rata pelanggannya ialah chinese. Di luar champion ada sebuah taman. Taman pelacuran - rata-rata pengunjungnya 1Malaysia termasuk, Arab, Nepalese, Myanmarian dan banyak lagi.

Semua kawan-kawan ni, katanya dah tak larat dah nak pergi sana. Boring. Bukan semua yang pergi melanggan, ada yang pergi sekadar nak cuci mata.

Dalam perjalanan aku berbual tentang tewasnya kawan-kawan kami yang datang ke champion. Kebanyakannya masih lagi remaja dan teruna satu ketika dulu. Macam-macam boleh jadi. Contohnya, A datang ke champion hanya suka-suka. Nak tengok pelacur.

OK. Sebelum kitorang balik, A nak pinjam duit aku RM100 and of course i will said no. RM100, my honest gain money yang susah nak dapat, perlu ke aku bagi kau untuk layan pelacur.

Lepastu kitorang balik. A dan seorang lagi teman pergi cucuk duit kat ATM, minum jap dengan kitorang dan tetiba hilang. Mana diorang pergi agaknya.

A, dengar cerita dah nak kahwin. Yang lain-lain pulak sibuk dengan makwe.

Tetiba Jenglod bersuara,

A dulu time takde makwe suka tau pergi sini, aku agak kan, lelaki yang pergi champion ni semua takde makwe macam kita.

Aku terus buat pusingan U dan terus ke Jalan P. Ramlee.

_______

Ringochi a.k.a Babal pundek. Adake hack blog orang. cis.

Thursday, December 15, 2011

hening pagi

saya suka main laptop orang lepas tu lupa sign out. tehehe. babal hensem

ps: bukan babal yang hack

Tuesday, December 13, 2011

UNPUBLISHED POST - semester 3

Diwaktu tengahari yang hening, saya berlegar-legar di belah tepi Matahari. Saya menikmati roti gulung berharga 80sen bersama Nescafe Tarik. Sedang asyik menikmati makanan, saya terserempak dengan kenalan saya haritu bernama Makayla.

"hye Makayla, lama tak nampak apa khabar"

Makayla menjawab,
Hye Zickler, i'm fine just quiet busy di hujung-hujung semester ini. Remember my friend, Henry Goldberg.

Saya Menegur Henry,
Hye, Henry, saya zickler, untuk pengetahuan awak, saya lah yang paling jambu di padang mahsyar, nombor dua Yob Dagor, dan nombor tiga Ismael Catalan.

Henry membalas,
Yeah, i'm sure about that facts. You sekarang ni I tengok busy jer... You ada buat part time ke?

Aku menjawab soalan Henry
Henry......
Saya sangat busy di seluruh galaksi ini, malah ia bukan bermula di galaksi ini, sejak saya di bangku sekolah lagi saya dah biasa dengan Industri Busy ini. Semasa dibangku sekolah, saya dilantik menjadi pengawas perabot. Sangat Busy.

Kerja ini sangat mulia dan memahirkan anda dengan teknik-teknik perkayuan yang betul. Setelah graduasi saya berjaya membuat barangan perabot daripada rotan. Oh ya, untuk pengetahuan, Sekarang saya supplier rotan yang utama di Sekolah Bandar Baru Sentul (2).

____________

Ini ialah post berkait. aku pon tak tau dengan yang mana satu

Sunday, December 11, 2011

The beauty of Arson

hari ini. semalam. atau. esok.

Api oren membakar hujung batang rokok ketika Sarip memetik lighter untuk merokok. Hembusan asap penuh mengelilingi muka beliau. Dia ditemani Irfan Bakti yang baru mencucuh puntung rokok ke ashtray. Rokok yang ke-18.

Empat jam dia berada di Restoran. Menunggu mangsa mereka yang seterusnya. Kemudian, Irfan bakti cuba berdehem sebagai isyarat kepada Sarip. Sarip pula menoleh ke arah Irfan dan mengangguk tanda bersedia.

Pang! Pang!

Dua das tembakan dilepaskan ke siling oleh Irfan Bakti.

Sarip meluru dan mengacukan pistol kearah mangsanya Datuk Sufian El-Shaawary yang meniarap. Sarip membuka seluar dan menunjukkan anunya kepada Datuk Sufian. Datuk Sufian tergamam dan bertanya apa rahsianya.


"hari ini. semalam. atau. esok masih kekal. Cuba try Dato',"

Wednesday, December 7, 2011

Tauladan untuk semua

Ini kisah lama yang bila diceritakan, aku yakin akan menjadi pedoman dekat korang.

Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman
Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman
Pedoman Pedoman Pedoman

Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman
Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman

Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman

Aku harap you guys semua insaf bila baca kisah ini.

Tuesday, November 1, 2011

Losing my passion or patient or whatever you want to call

“I have loss my passions except passion for woman and sex” – Jonathan Enterpre

The title looks very ambiguous right? Yes, I make it look like that because sometime I like to write or wrote (whatever the grammar is I don’t care) something that is palpable. This evening, I questioned my generous classmate Nizam omar about his passion in photography. Then he replied, okay dear, I bought my camera and i took every picture. I posted my photograph at my group in facebook and some friends will comment about the photos. What makes me envy and more passionate is, others friend’s picture is cooler/nicer than me. I met lot of friend there. They positively critics and comments on my picture and I see what my weaknesses. I also learn a new technique. They encouraged me. So, I just wanna be like them. I want to take pictures.

Okay, Nizam Omar said that and it actually open up my mind a little.

As the red sun vanished behind ICT today and November seem to be a rainy month, I pictured myself in the previous month before the third semester end. Life don’t seem so nice at all. Mom still sick, and I was thinking about running away from my duty as a father’s helper in managing his business. I completed my 4 months course in every Pasar Tani in Selangor. During fasting month I served my father at Ampang as a cookies seller. I get paid. I thought it was worthy and I patiently waiting for September. I am eager to continue this fourth semester. Which is right know, in present.

And right know I just finished reading article about Socrates, Plato, Aristotle, Cyrus and Alex the great which is not so great and mislead. The point is I cannot hesitate this fucking mattress. My passion is sleeping you moron. I hope that I can sleep for one week and next time I wake up it will be Saturday. It’s a football time baby!

Seriously I’m loss.

Saturday, September 3, 2011

Aktiviti Raya

1) Malam Raya
Tukar langsir, fight dengan mak aku pasal cadar, tumbuk abah semasa mengangkat karpet dari tingkat atas rumah. Kemudian, tidur Sampai sembahyang raya. Lepas sembahyang raya tidur sampai yakjuj makjuj muncul.

Raya pertama
Selepas yakjuj makjuj muncul, saya pergi chow kit beli kasut dengan saudara tercinta. Masuk jalan alor kejap. Kah kah kah.

Raya Kedua,
Kawan kawan datang rumah layan shisha sampai raya ke-empat.

Raya keempat,
membuta bersama rakan-rakan hingga raya kelima.

Raya Kelima.
Tulis blog sebab bapak bosan. Kiwak.

Ohh Kehidupan. Hidup ini sungguh tiada life

Thursday, August 4, 2011

Goodbye Sin

It's been one year i'm floating in a boat that lost a navigator. Where I should go? North, west, east or south. The hush sound of waves make the passenger aware and pray, - the big wave will not absurd the crew mind's.

I just paddled the boat until the second of July, until I seen the blue skies turn the light to orange glow. I heard the whining sound from the near birds. It seems, my tired paddling hand will end up today. In here.

I took my last cigarette and enjoy it like this is the last breath i can inhale. I try to make the haze out of the ocean while i exhale the smoke out of my lungs. Fushh... out of the breath. Fear surround the ocean, Crestfallen walking on the sea.

My life is miserable and i don't know how to swim.

Abruptly, it makes me aware. Even if i can swim, I cant dictate where I should go. North, west, east or south until ...
I saw the angel who flew and threw the guide mark from God.

I climb to the dilapidated boat back and I paddled until I found the end of my loss. From mark to mark, I finally touch the glory island-the end of journey.

I discover the path that I follow is a reminder that have thousand of angels bringing the love from humble slave to the orange skies.

Now, It doesnt matter.
Whenever I lost the navigator, the Guide Mark is always here. It can be on second of July or Thirteen December. Whenever I float, the love of angel will bring the glimmer of hope to the path of glorious journey.

It's Ramadhan guys, it's a mark, navigator and reminder threw by an Angel to all of slave who just lost.

Puasa jangan tak Puasa,

Saturday, July 23, 2011

Itu ialah alasan

Saya ialah loser yang tiada life, buat kerja separuh jalan lepastu saya give-up.
Apa ada hal.

Saya rasa saya nak pergi Boston.

Monday, July 11, 2011

Demokrasi umpama manusia yang berpeluh ketika merentasi gurun sahara.

Akhirnya, dia mati kehausan tanpa arah tuju.

Istilah demokrasi, kebebasan bersuara tiada dalam Islam. Manusia perlu "guideline" dalam hidup. Dan Al-quran dan Sunnah itu ialah garis panduannya. Begitu juga pekerja yang perlu "guideline" dalam syarikat. Pelajar yang perlu "guideline" daripada pensyarah dan cikgu.

Kalau tiada guideline, kita Bebas? Bebas untuk buat apa? Sedangkan diri sendiri terpenjara. Mengikut arahan entah siapa-siapa.

Itulah manusia. Mahu bebas. Kemudian, tersesat di Gurun Sahara.

Istikharah je lah nak tahu mana yang betul.

UMNO, PKR? Dua-dua? Hah?

Monday, July 4, 2011

Pengawas di Sekolah



Semasa di bangku sekolah, aku telah dilantik menjadi seorang pengawas. Tapi aku tidak memakai uniform. Mungkin korang ingat aku ialah mata-mata yang merisik kegiatan samseng di sekolah. Salah, aku ialah pengawas perabot dan menjadi perisik kegiatan samseng di sekolah.

Ada satu kumpulan samseng di sekolah yang diberi nama 36top. Dekat meja-meja, tandas-tandas, stall burger awe dan HQ pengawas, semuanya terpampang tulisan 36top. Ianya diconteng ahli-ahlinya dimana, setiap contengan boleh redeem point. Contengan di tandas 3 point. Contengan di bilik guru 10 Point. Cukup 100 Point, ahli kumpulan 36Top boleh tebus hadiah dekat bos. Dengar cerita hadiah redeem point ialah Pakej Haji dan Umrah.

Baiklah, Setelah 2 tahun menjadi perisik, aku diterima menjadi ketua kumpulan 36Top. Lama kelamaan, aku jadi seronok dan aku berikan maklumat palsu dekat cikgu.

Ketika kami membungkus dadah, tiba-tiba sekumpulan FBI diketuai Agen Burke membuat serangan. Kami akhirnya tewas. Aku diberi tawaran untuk bekerjasama dengan FBI. Huh. Keputusan yang paling susah hendak dibuat dalam hidup.

Aku setuju dengan tawaran itu tetapi aku kene memakai gelang dikaki yang akan berbunyi jika aku keluar daripada sempadan daerah gombak.

Sekarang ini channel FOX sibuk buat cerita pasal aku yang bertajuk White Collar. Walaupun pelakon tu over acted tapi tak kisahlah. Janji cerita tu benar dan menjadi pengajaran untuk orang lain.

picture from aeyna.blogspot.com

Sunday, June 5, 2011

Some snow will be nice

He gathered all the stuff but he dont know where to go. Suddenly he sat on the wooden chair. Rain start to fall out of window.

He gonna sleep for a while,

"Dad will never come back".
"Mom still snores in bed"
"I've to run from this mess"

Honesty is just a juvenile when someone you trust betray and make you loss your weight. This is the bad week and he thought"

"Some snow will be nice"

Rest in peace.
Allayarham Syukri
Al-Fatihah

Until we meet again at the district of honesty pal.
Also lot of loves to wan,syami,danish,k-rul, and uzair

Wednesday, June 1, 2011

Karma isn't bitch

Biar nampak jahat tapi baik.
Biar nampak liar tapi sopan.
Biar nampak rakus tapi sabar.
Biar nampak huduh tapi hensem.
Biar nampak menggelabah tapi cool.

Biar nampak jahat tapi baik.

Thursday, May 26, 2011

Kaitan antara Millionaire dan Maslow's hierarchy of needs

Masa tu langit hijau, matahari merah menyinsing ketika senja berlabuh di pinggiran Batu Caves sana. Aku menggunakan teknik penulisan yang common iaitu monolog dalaman untuk menceritakan perkara ini kepada korang.

Tiba-tiba aku bermonolog dalaman. (ha... nampak tak permainan tu?) Bab-bab monolog ni juga aku mengaku aku tiru blog perempuan buncit daripada Ampang
"Kalau kau ada duit sepuluh ringgit yang disusun boleh sampai tol penchala kau nak buat apa?" Dengan kata lain duit kau berjuta-juta.

Aku menjawab monolog itu dengan padu dan panjang lebar dan diharap kamu semua tidak mengantuk pula membaca.
"Ermmm... aku tahu memang aku takkan ada duit berjuta-juta. Benda takde kalau ada pon buat ape aku nak bermonolog dan berfikir cara untuk menyampai cerita melalui blog dengan efektif. Daripada menulis perkara ini. Lebih baik aku tulis perkara(8) undang-undang Jalan P. Ramlee yang banyak club tu - Terokkkkk....

Baiklah, Aku ni jenis rajin berusaha. Aku dah calculate, aku kerja first ngan second year gaji RM1600. Aku simpan RM600 sebulan. 600x12 = RM7200.

Okay, aku kerja selama 3 tahun, RM7200x3 =RM19500.

Tahun kedua aku beli Fixie. Lepastu aku Ride sampai Mekah, sambil buat Umrah. Secara automatik duit aku ialah RM14000 je sebab tahun ketiga tu hanya angan-angan aku. Okay, masa aku ride tu mestilah aku tak kerja kan? Tolak duit insuran aku ride, dengan duit visa lawatan berkumpulan dekat Mekah, saving aku tinggal lebih kurang RM1400. Saving tu aku buat modal jual Pil Ecstasy sambil ZookOut bersama partner aku yang nama dia Thakib. Kah kah kah.

Sebenarnya simple. Umur aku 50 baru aku ada chance jadi Millionaire, sebab dalam buku psychology ada terangkan, Kekayaan ni boleh di "passkan" mengikut keturunan. Begitu juga kemiskinan. Aku ni bukanlah miskin, tapi sederhana. Maksud sederhana ialah, habis mahal aku spent kat baju pon lebih kurang RM2.70. Susah-susah aku kait je baju. Takpun aku tak pakai baju. Badan aku macam Brad Pitt dalam citer fight club. So, takdehal lah... Aku belanja awek-awek diluar sana. Tapi tak moleklah kan.

Orang sederhana ni dalam buku psychology ada bagitau. Mereka ada peluang untuk turun jadi miskin atau naik jadi kaya. Ah. Butolah ape citer nih aku nak explain korang ni? karang keluar pulak Gestalt Theory Law of Perception pulak kang, takpun theory Maslow yang tipu tu. Ada ke first sekali orang nak safety. First sekali people punye needs seks taw? Tahu tak Seks? Aku kene raba selalu dengan budak kelas aku tahu. Pundek Second needs ialah drugs, third rock and roll, fourth Berak. Apa punye Maslow's Hierarchy. Tak reti lansung.

Tapi, aku punye needs first ialah solat. Second Zikir. Aku tulis panjang-panjang pon nak bagitahu tu je.

Pesanan Special Penaja,
"Terra, I put my eyes on you bangsat. Watch'out...."

Monday, May 23, 2011

Yes. Aku dah matang.

Politik?

Minyak bakal naik 20 sen. Gula dah naik. Semua benda lah naik harga. Kenapa? Ekonomi tengah down kan? Ada satu artikel aku baca dalam berita minggu yang membuat comparison dengan Amerika. Siap buat caption cover muka depan surat khabar Amerika yang menjelaskan rakyat Amerika masih lagi berbelanja tapi dengan cara bijak. Mereka melancong dalam negeri sahaja sebagai pilihan cuti musim panas.

Kepala bapak kau.

Ini bukan blog politik. Tapi apa masalah negara kita sekarang ni? Kata nak menjuarakan rakyat. Aku tak rasa sebagai seorang juara pun. Ada orang explain dekat aku (orang yang masyuk-masyuk), okay la tu compare dengan Thailand, Indonesia. Negara kita okay lagi.

Kepala bapak kau.

Kau bukak mata bapak kau dah tinggal RM50 atas meja.
Cuba datang sini, dengar cerita peniaga-peniaga yang resah. Industri kecil dan sederhana nak bernafas pon susah kamu tahu. Melayu, cina, India semuanya tengah pening mengeluh dengan keadaan sekarang ni. Ini pon nak cekik lagi rakyat naikkan minyak pulak.

Ini bukan blog politik. Tapi kamu ialah pemuda yang boleh membuat perubahan. Bacalah surat khabar arus perdana, tapi baca juga surat khabar yang lain. Buat satu research tentang satu topik yang kamu rasa musykil. Jangan dengar sebelah pihak punya cerita sahaja, gunakan kemahiran kamu untuk menganalisis. Dan sediakanlah jawapan yang berdasarkan fakta.

Jika kamu bijak, kamu mesti pasti yang politik ni sebenarnya fucktup. Mana-mana pihak sama sahaja, janji tinggal janji. Yang ada cuma janji kosong. Ini bukan blog politik. Tapi kalau kamu bijak, kamu akan gelak tengok orang gila menulis di media arus perdana.

Daripada baca benda kat arus perdana, baik aku baca update blog orang lain yang penuh dengan makian, racism yang positif, percintaan yang dihalang kambing depan rumah, kehidupan di alam barzakh, nafsu seks kuda, kisah wanita buncit, kisah poem shahdu kuil oracle, kisah lelaki single yang suka mengambil gambar guna camera DSLR, kisah kehidupan remaja yang meminta duit ibu bapa dan macam-macam cerita lah ada.

Monday, May 2, 2011

Takde idea, Another Recycle post

Funny things about Gombak Scene. love em". Kill eM"

Perjalanan hari ini sangat jauh dan sangat berat. Berat badan aku untuk bangun ketika Jam 6.45 ni, Mungkin kerana selimut kulit babi mengelilingi tubuh badan aku yang berselulit sikit kat pinggang, di tepi bahu-dada dan juga di perut. Musim-musim raya ni memang mengelirukan, azan subuh dianggap takbir raya.

Walaupun bapak aku seorang bilal, solat subuh gajah dipraktikkan dalam kehidupan aku iaitu pada 7.20 minit pagi. Sambil menyanyikan Single’ Ron-95-Raya dendangan Datin Rosmah dan Mawi, aku memanaskan enjin motor wave 100 ber”sit”kan plastic Louise Vitton (LV).

Setelah siap memakai baju, aku sedikit terkejut melihat wajah kacak aku dicermin. Ish..Kenapa macam Brad Pitt hari ini? Minggu lepas macam Salma Hayek..erk silap macam Fahrin Ahmad.

Kemudian dengan berpakaian ala-ala Azean Irdawati dalam filem waris jaris hantu, Mak aku muncul daripada escalator rumah. Barangkali beliau daripada Swimming Pool tingkat bawah basement rumah aku. Beliau terus menegur tanpa mengucap selamat pagi.

“ah kau perasan hensem!!! Rambut serabai macam papa grunge yang selalu membuat pembakaran terbuka. Muka kamu juga muka tiada wawasan, selalu ponteng practical...takyah nak perasan la, dasar maling bisa nyuri budaya indonesia, Ganyang Malingsia penjilat pantat British”

*(dialog bahasa Indonesia itu ditambah-tambah!)

Aku menjawab, “wo hen hao, ni jiao shenme mingze, Mama sebok apsal.”
Terus penumbuk aku sampai di perut mama yang kemudian terduduk dan membisu.

“Pagi-pagi dah membebel”. Kata aku., sambil memakaikan butang di lengan baju dan menatap wajah Ashton Kutcher-Like di cermin.

Dengan lafaz Walla Takrabul Zina..Jauhkan diri anda daripada zina..., eh silap lagi. Dengan lafaz Bismillah dan juga gaya umpama Brad Pitt Muslim dalam cerita Fight Club, aku terus menaiki motor Wave 100 LV aku. Keluar sahaja dari simpang rumah aku, ada dua budak yang menunggang motosikal berpakaian sekolah menunjukkan isyarat Fuck You dengan muka kerek. Cis, dah la perhimpunan dah bermula tapi mereka tidak pergi ke sekolah lagi. Tak hormat orang tua pulak tu. Ni mesti pelapis-pelapis generasi Shuffle nie.

“Meh sini aku sekolahkan kau, lambat pun lambat la pergi kerja. Pegawai-Pegawai di Pejabat tu semua pakcik dan makcik aku keturunan Mendeleng.”

Dengan kelajuan 187 km/j aku menyusuri Highway FUKE di tengah-tengah kota Fasa-7 sambil memaki hamun Pak-Z di dalam hati kerana aku perasan dia baru nak keluar rumah. (Pak Z ialah kawan bapak aku yang selalu report aku hisap rokok dekat orang Surau)

Akhirnya, selepas adengan kejar-mengejar yang mencabar, aku berjaya menyailang motor budak sekolah tadi di hadapan lorong rumah Faiq- jalan 7/12. Budak tu tercengang, melopong melihat gaya aku. Memang gua dah tak boleh sabar dah ketika ini.

Kemudian gua turun moto dan terus sound. Maka bermula lah dialog bersama jin Macam Harun Din punye buku.

“Apahal kau!”
“Apa masalah kau?.

Kemudian budak sekolah menjawab,

“Erk… Minta maaf Bang, tongkat moto abang lupa kasi mau naik, bahaya tue”.

Aku menjawab dengan nada sedih plus malu la sial, Macam mana gua boleh ter'behave sampai cenggini. Sekemek betol lah!! Aku terus menjawab kepada budak dua orang tadi,

“Oh, terima kasih. Ingatkan apa benda la tadi kan. Nasib baik kau mintak maaf, belajar rajin-rajin. Jangan jadi macam aku nanti menyesal”

Kemudian aku menyambung dengan nada rancak bagi meng'cover malu besar gua. Memang besar malu ni, jatuh reputasi gua. Cerita bapak bilal anak kaki tonggang pun gua rasa tak buat gua Malu sampai cenggini. Kiwaklah...

Tetibe mentol dalam kepala otak gua menyala. Yeah. Gua dah dapat Idea untuk Coverline mistake ni... Apalagi.. Gua pun tanye itu budak,

” Muka kau nie macam Jep lah, kau adik dia ek? Sebab tue aku kejar kau”

”Jep buat apa sekarang? asal dah lama tak Nampak?”. Tambah aku lagi.

Adik yang sopan membalas pertanyaan,

“Erm… Silap orang kot bang, saya anak sulung. Saya minta diri dulu lah dah lambat nak pegi sekolah, tadi hantar mak pegi Klinik kat Fasa 1. Assalamua;alaikum. Selamat Hari Raya”

Dengan muka merah seperti Bradd Pitt tengah menahan nafsu syahwat beliau ketika bersama Angelina Bibir Guli, aku pergi membawa hati yang duka dan lara dek malu. Rupa-rupanya dia menggunakan jari telunjuk untuk menggambarkan tongkat motor aku.

Oleh kerana pandangan aku dari sudut 70 darjah, jari telunjuk beliau nampak macam jari fuck. Ini juga mungkin kerana aku selalu ponteng/tidor ketika kelas Sains Puan Felicia Keys, “if I ain’t got you“ tu. Lalu aku pun terlupa subjek Ilusi Optik yang aku pelajari.

Ingat tak susun kadbod banyak2 buat lubang tengah2 pastu letak lilin. Ah. Korang pon lebih kurang aku jugak jangan nak lebih. Proses kerja pon tiru aku apatah lagi pemboleh ubah, pemalar, pemanipulasi, pekerja seks dan hamba abdi.

Secara realitinya juga baru semalam dan sejak dari tingkatan satu aku lepak dengan Jep sampai aku rasa semak. Aku juga kenal wajah-wajah minang adik beradik beliau. Am (adik jep) juga berada di Dungun satu ketika dahulu bersama aku, Kami hampir bercinta tetapi atas alasan kerjaya bla bla… eh asyik2 silap je.. Masakan aku boleh lupa wajah adik-adik dia yang Pan-Gaban tu. Bukan Pan-Asian.

Perjalanan diteruskan. Hari ini sangat banyak kereta tak seperti hari Rabu minggu lepas. Selepas masing-masing membesarkan perut dengan open house dan tido dan open House, warga-warga kota meneruskan pencarian harta dunia yakni akan menjurus kepada mereka menjadi kufur Nikmat. Okay. Ntah hapa2 article ni.
















Firaun Hatsheput bro's wedding 2007.

Tuesday, April 19, 2011

Fiksyen Seorang Lelaki

Si wanita sedang tergesa-gesa hendak ke pejabat. Si lelaki pula sedang duduk di atas kerusi. Tanpa mempedulikan lelaki itu, si Wanita berlari anak di hadapan lelaki tadi. Dia berbaju ketat dan tubuhnya montok suam suam mariah carey.

Dengan kadar segera sebentuk awan terbentuk diatas kepala lelaki tadi. Disitu juga, bermula fiksyen seorang lelaki. Bukan fiksyen seorang lelaki. Tetapi fiksyen setiap lelaki.

Siapa lelaki yang tak nak mengaku baik pergi tukar jantina dekat sempadan. Taik baik tipu. Berdosa tau.

Monday, April 18, 2011

Fiksyen Seorang Wanita

Bunyi air yang jatuh ke sinki memecah kesuyian petang yang kelam. Cuaca amat sesuai untuk keluarga di Bandar Merak Kayangan bersenang-senang. Di kesempatan ini, Rosnah gunakan untuk beristirehat. Pintu dapurnya di buka untuk menghirup udara segar dari laman. Aiman, anaknya dibiarkan berlari bebas di laman sambil ekor matanya memerhati setiap gerak anak kecil itu.

Sedang khusyuk Rosnah membuat kerja-kerja dapur, Aiman masuk ke dapur dengan tergesa-tergesa. Aiman yang comel tersenyum riang, sambil memegang sebuah kotak hitam.

Rosnah: Aiman, jangan main kotak tu. Itu kotak waktu. Nanti waktu berputar.

Aiman, berumur 4 tahun, tersenyum dan membaling kotak itu.

Dan waktu itu berputar.

-

2011

dub.. dub.. dub..
Rosnah hampir pitam. Bunyi disini sangat bising. Dan dikalangan orang yang ramai itu, hanya bunyi bass yang mengikut nadi jantung sahaja dapat mengingatkan dia dengan dunia sebenar. Rosnah meneguk air didalam gelas kaca. Perutnya terasa panas. Dia berpeluh dan melihat ke atas.

Lampu disitu kelam. Diikuti sinar biru dari atas siling yang berputar. Kepalanya berputar mengikut sinar lampu itu sehingga lagu kegemaran beliau diputarkan DJ. Fakhrurazi, teman Rosnah tersenyum lebar memerhatikan rosnah di satu sudut.

"Rosnah : Fakrurazi, this is my favorite song!!! I want to dance!!!"

Fakhrurazi tersenyum lagi. Hari ini sangat menguntungkan. Sangapnya dapat dilepaskan menjelang tiga pagi nanti.

-

2011, 5.00 pagi.

Kepala Rosnah masih pening. Dia membuka mata dan Fakhrurazi bersama beliau diatas katil. Dia mengalihkan selimut diatas badannya. Tanpa seurat benang, Rosnah bangun mencapai tuala di almari untuk menutup tubuhnya. Rosnah duduk sendirian di tingkap..

Rosnah bosan. Dia menggapai kredit kad dan dicincang serbuk putih yang telah tersedia di atas meja di tepi katil. Disusun serbuk itu sebaris dengan kemas. Tangan kiri nya menutup lubang hidung kiri. Rosnah merapatkan kepala ke meja dan... Srrrruuuppp.

Matanya terkebil-kebil dan Sebaris serbuk putih tepat di sereberum otaknya sekarang. Azan subuh berkumandang. Rosnah gembira. Rindunya bersama Aiman semakin meluap-luap. Dia mengambil kotak waktu dari tas tangan dan menghirup sebaris lagi serbuk putih.

Dan Kotak waktu itu pun berputar. Fantasi waktu. Pengubat realiti.

-

Kini, Rosnah berada di Bandar Fiksyen Merak Kayangan semula. Bersama Aiman, dia menunggu suami tercinta pulang ke rumah.

Monday, April 11, 2011

Kenangan, Love, Friendship and Bikini Bottom

Ini ialah post recyle.
_____________________________________________________________________

Dungun, Terengganu. September 2008

Petang itu tidak seperti biasa. Naluri hati inginkan ketenangan. Aku membuat keputusan pergi menikmati keindahan alam. Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan semenjak berada di sini. Berpaksikan Laut Cina Selatan, aku duduk seorang diri menghadap keindahan ciptaan tuhan yang maha agung. Angin-angin pilu menghembus di wajahku-bersama tempias-tempias air laut. Sisiran bot nelayan di pantai aku amati sehingga ia lupus daripada pandangan. Dengan perlahan-lahan tubuhku terus berlabuh di bawah pohon yang rendang…

Sekali-sekala muncul anak ketam yang girang berlari di pantai. Desiran ombak kecil membuatkan si ketam kecil berlari kemudian pergi dan berlari dan pergi lagi. Seperti teman yang setia, ombak mengejar dan melayani karenah si anak ketam . Cuaca ketika itu sangat indah, awan kolumbus seperti berpakat mengikut angin. Sekali-sekala awan mendung berarak ke utara dan sinaran mentari menyuluh redup jiwaku.

Aku segera menyalakan rokok Winston sambil pemain MP3 memainkan lagu kumpulan Mocca, “The Best Thing in The World”. Bersama Kepulan asap rokok, suasana bertambah syahdu.

Sedang khusyuk aku menyaksikan keindahan alam, muncul satu-dua kumpulan pelajar turut serta bersama aku. Waktu-waktu petang begini memang waktu kemuncak. Sesi kuliah telah tamat dan kebanyakan pelajar meluangkan masa untuk beriadah bukan menunaikan sai’e di Arafah atau melontar jamrah. Di dalam satu-dua kumpulan itu aku perasan rakan baik aku merangkap lagenda di Dungun. Beliau berjalan riang bersama teman wanitanya a.k.a Fafau nafas panjang.

(Fafau kaki trumpet, mewakili UiTM sehingga extend satu semester).

***
Nama rakan aku tadi ialah Azne Hafiza bin Majid(x sure nama bapak dia). Seorang muysrikin Hardcore yang dah sesat dan tak boleh dibendung lagi kesohihannya. Aku selalu memanggil dia dengan nama Zeni atau Zeni Kambing. Bukan niat di hati ingin menghina tapi apabila Zeni start senyum sinis, memang mirip kambing gurun yang dahagakan kasih sayang keluarga dari Ijok.

Okay, cuba kau bayangkan kartun Berita Harian “Senyum Kambing” tapi berambut screamo macam Tomok One in A Million?(ha…apa cer..) Macam tu la beliau. Pernah satu hari ketika melepak di rumah sewa, aku dikejutkan dengan teriakan rakan-rakan rumah sewa beliau yang lain. “Bangun-bangun, lari tabligh ada kat depan, tabligh tue kenal zeni, habis la kita masak,”. Aku dah dapat mengagak ini semua gimik. Aku bangun dari tidur dan menjenguk ke tingkap. Ya, tepat sekali segerombolan kambing, yang diketuai seekor pelanduk tengah mencagut rumput di laman rumah. Lawak kambing datang telah tepu setelah enam belas kali dalam seminggu di ulang. Update la sikit kalau nak melawak.

Walaupun buruk rupa dan perangai, kami selalu berkongsi masalah dan Maggi dan boxer dan puting tetek hitam, kondom, ketiak, kutil, dan katil dan rokok dan Zenan dan kojek (apa barang kongsi zenan ngan kojek kau ambik lah dia…). Tak kira la apa-apa masalah samada makanan, kewangan dan lain-lain, beliau dah dikira soul-mate. Zeni juga seorang yang genius tapi disalah gunakan kelebihan itu. Dia mendapat tempat di sekolah berasrama penuh MRSM Besut satu ketika dahulu. Tapi oleh kerana semangat Mathematical Hardcore nya (Mathcore) yang lebih tinggi, dia terlupa formula Pai J kuasa kuasa kuasa bapak kau la mathematic, -: iaitu pelajaran Mathematic yang sebenar di sekolah.

Tak seperti rakan-rakan beliau yang berjaya, keputusan SPM nya sedikit hambar. Tamat pengajian dia ingin pergi ke Kaherah, ingin menyusuri hidup sebagai pengembala kambing katanya. Takpun ingin menjadi Ibu Susu atau ibu tumpang kepada bayi-bayi di Kaherah.(malang sungguh generasi Kaherah selepas ni) Tapi, oleh kerana desakan keluarga dan rakan-rakan, beliau akur dan menyambung pengajian di UiTM Dungun.(dengar citer bapanya sanggup pergi ke Yaman untuk mengambil air Yasin bagi melembutkan hati beliau.)

Kami berkongsi minat muzik yang sama iaitu Keroncong Portugal dan Porno-Dangdut. Selain itu, Zeni juga seorang dewa gitar. Ya, Itu teriak rakan taulan dari Dungun. Dalam proses menjadi low-profile ultimate guitarist rockstar yang looser without salaries, Zeni banyak mengubah prasangka sinis aku tentang Metal. Aku pun suka Metal Core sebab Zeni. Bila borak pasal muzik especially scaling baru, dari tengah hari hingga Syuruk tahun depan pun tak habis, yakjuj makjuj pun dah berjaya keluar waktu itu. Memang Best. Di masa terluang kami akan bertukar-tukar pandangan tentang muzik dan pengalaman…

Pengalaman…
Serius kalau Zeni yang dah extend Sembilan semester tiada, kalau dah ditakdirkan aku tak kenal Zeni sampai sekarang, tiada model untuk aku lihat siapa yang low profile looser sampai sembilan sem,.. Maybe aku sekarang ni extend dua belas / empat belas semester dan tengah penat jalan kaki pegi kelas sorang-sorang pastu Dismiss…Yeah, I’m the greatest super looser in the making. But, I’m not. Pengalaman Zeni pengalaman aku…

***

Bila kembali ke bumi, ya di pantai itu….

Aku pun melambai dari jauh dan Zeni segera datang ke pohon tempat aku beristirehat di pantai. Teman wanitanya awal-awal dah lari balik ke asrama. Mungkin tak boleh menahan nafsu melihat liuk tubuhku yang tampak mengiurkan dari jarak 13.7 Meter.

Petang itu kami melepak bersama. Bermacam-macam perkara kami bualkan. Antaranya ialah asas pertanian, asas fardhu ain, polisi insurans, prosedur ketika menghadapi tatatertib, sistem tuas, politik wang, gizi pemakanan seimbang, Gizzy Bear, Winnie the Pooh, blues clues, dan cerita hala tuju masing-masing.

“aku menyesal main-main pastu extend, kau jangan la jadi macam aku,”, Zeni.

Alhamdulillah, Zeni dah berada di Shah Alam, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan).

Tapi, sebab manusia itu umpama waktu, kejap dekat nombor satu, kejap dekat nombor dua. Kadang-kadang tengah-tengah nak kata pukul satu ke pukul dua? Tengok sekali lagi, dah pukul lima…

Atas nasihat rakan-rakan, Article ni nak sedarkan kau, dah nak dekat Exam
-keep fucking da world mate-

*Zeni jangan sampai kau jadi pukul 12.00.
_____________________________________________________________________________
2 Hari lepas gua ada dapat message daripada Azne.
"Tak boleh ke luangkan masa dengan I walaupun sekejap?"
"Kau umpama merpati putih, tapi asal-usulmu telah kau lupa"

Pundek ape sial menganjing aku. Dia ingat aku gadis-gadis ke message cam tu. Kiwak Saiko.

Thursday, April 7, 2011

Deria kehidupan yang tak diperlukan lagi di saat bulan menyinari ritma kegelapan.

Okay, tajuk entry ni memang cam sial.

-

Al-kisah
Makayla dan Henry menegur aku di fakulti. Katanya,
kenapa you sangat stress dan you dah jarang bersuara?

Aku pon menjawab,
Henry, Makayla, I have lost my sense of humour.

Makayla bertanya
Why?

Aku pun meneruskan perbualan,

Makayla, Puncanya ialah busy yang melampau. I ni busy sangat sampai sebulan tak korek telinga. Sekali korek pakai sampai 7 cotton bud. Cotton bud tu jadi hitam pulak tu siap ada mikro organisma dan benda asing. Telinga kiri tujuh cotton bud, telinga kanan pakai lima je. Mungkin pepatah melayu ada terangkan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. So, sebab tu la telinga kiri tahinya agak kurang. Ini finding kalau kita guna dependent variable punye theory SPSS dengan kaedah research example, lebih kurang konek analysis, tapi lagi rare. Puihhh.. aku mengarut... bodoh sial aku.

Selepas aku terangkan segalanya, Makayla dan Henry mengganguk serentak tanda faham dengan keadaan. Lebih-lebih lagi penerangan untuk research analysis.

Sebelum beredar aku beri kata-kata terakhir kepada mereka.
Makayla, Henry, cube check out you guys punye poket?

Makayla terkejut!!!
Hey Zickler, i found you punye sense of humour dalam poket i lah.

Henry menyambung,
Eh, dalam poket I pun ada you punye sense of humour.. kenapa biarkan ianya merata-rata.

Selepas itu, bertubi-tubi message masuk di dalam handphone aku. Antaranya ialah:

Uzmi
Zickler, kat celah-celah kopek i ada you punye sense of humour.

Diyini Zimra
Weh, asal time aku lipat baju terkeluar kau punye sense of humour. tergolek-golek berterabur doh. Penat aku nak kutip.

Dobaa
Zickler, you punye sense of humour ada dekat ampang, hari tu aku tertinggal. Okay, aku mengaku lah, aku gemuk suka balik ampang tidak mengira waktu.


Tangan Sumbang:
Mung punye sense of humour aku dah save dalam hard disk. Besok la, takpun malam-malam sikit aku email sense of humour mung. Internet lembab la.

-

Guys, sebenarnya, i dont need that sense of humour. Because you guys are my sense of humour. You guys make my day and I just happy laughing with you. Sorry la siapa yang terasa dengan tindakan aku, mungkin korang ajak borak aku tak layan ke? Korang ajak kissing aku reject ke. Sorry juga kalau aku moody. Cuma, kadang-kadang period pain tu datang, dia tarik-tarik tau. Sakit sangat, sampai i boleh kene migrain. Lagi-lagi bab tarik tu.. auuww. Sakit macam rahim kau kene tinju. (Eh, lebih-lebih pulak pasal period pain ni)


Waklu.
Aku sekarang nak jadi seorang yang lebih formal. Awal sem hari itu aku mimpi basah.

Thursday, March 17, 2011

Aku, dia dan scaling gitar A minor.

Malam itu sunyi. Yang ada hanyalah aku, gitar, dan bunyi petikan Minor. Seperti biasa, kepulan asap itu sudah menjadi tradisi menghalau kelibat nyamuk. Aku duduk bersendirian di hadapan tingkap. Menikmati lampu disko bangunan S.U.K Selangor.

3 pagi 17 Haribulan.

3.23 Pagi 17 Haribulan, telefon itu berdering. Walaupun, tiada nama yang muncul di papan skrin telefon, aku tahu, aku pasti, milik siapa nombor itu. Perasaan bercampur-baur, gembira ada, suka, resah dan tak tentu hala. Aku tukarkan mode telefon ke silent, untuk mengelak rakan lain terjaga.

3.27 Pagi 17 Haribulan, telefon itu bergetar lagi. Walaupun, tiada nama yang muncul di papan skrin telefon, aku tahu, aku pasti, milik siapa nombor itu. Aku hembuskan asap rokok, dan kepulan asap itu membentuk satu kisah yang telah lama berlalu.

Kenapa sekarang, kenapa hari ini? Masa itu dah cukup lama. Semua ini cuma memori. Mustahil, aku akan menekan butang hijau di telefon itu. Itu ialah ego.

3.34 Pagi 17 Haribulan, telefon itu bergetar lagi. Walaupun, tiada nama yang muncul di papan skrin telefon, aku tahu, aku pasti, milik siapa SMS itu. Kandungannya ialah "Ingat lagi tak tarikh ni, thank you for the beautiful day".

-

Mustahil aku boleh lupa tarikh ini walaupun sudah beberapa tahun berlalu. People move on. Jgn sia-sia kan benda yang kau dah usahakan. Aku pon dah tak kisah. Tapi...

17 Haribulan Mac,
Hari itu memang sempurna kerana, Hari itu cuma ada Aku,Dia dan Scaling A minor.

Wednesday, March 16, 2011

Satu summer (post khas ditujukan kepada BFFFF Diyana Zamri

Di satu summer yang indah, saya, James dan Patricia di dalam persiapan untuk pergi bercuti di Pantai Miami. Tujuan percutian ini adalah untuk menghilangkan stress setelah menempuhi satu semester yang panjang di University of California, Los Angelses, (UCLA). Seperti biasa, Patricia tidak pernah lupa tentang Alex, anjing kesayangannya. Alex ialah anjing dalmation yang sangat comel dan mendengar kata tuan. Pada mulanya, Alex tidak terlalu mesra dengan saya dan James. Tetapi setelah lama bersama, Alex mudah memahami kami, malah dia juga mendengar kata-kata kami.

Semasa kali pertama mendaftarkan diri di UCLA, saya telah ditempatkan di sebuah bilik bersama Patricia di Asrama Perindu, berhampiran dengan Kolej Mawar. Ya, Patricia ialah Roomate saya dan James pula ditempatkan di bilik sebelah. Walaupun berlainan jantina, saya memahami perasaan patricia - seorang perempuan yang kemas dan teratur. Secara kebetulan James duduk bersendirian. Oleh itu saya lebih banyak menghabiskan masa saya bersama James untuk memberi peluang kepada Patricia mempunyai privasi yang lebih.

Semasa di kolej, saya digelar freak. Saya berkaca mata, rambut serabai-serabai dan suka membaca buku tentang komputer dan kamasutra. Saya akui saya nerd dan saya tidak menyangka saya akan bertemu dua rakan yang hebat di UCLA. Orang yang dimaksudkan tentu sekali teman baik saya, Patricia dan James.

Semasa dalam perjalanan, Patricia mendapat satu panggilan telefon yang menyebabkan beliau menarik diri daripada trip kami ke pantai Miami. Ibunya menjelaskan abang beliau, Clifford yang bekerja sebagai Marin di Southport Lewingston, terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kemalangan. Kami menghantar beliau ke lapangan terbang. Mujur masih ada tiket untuk ke Boston Kiri!!! Beliau memang bernasib baik.

Perjalanan kami diteruskan tetapi tempat Patricia digantikan dengan Rebecca, rakan kelas kami daripada Toronto, Kanada. Rebecca cantik dan digilai ramai budak lelaki terutama pemain Ragbi kolej tajaan Mara. Iyalah, dia ialah ketua pasukan sorak UCLA. Khabar angin mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan quarterback pasukan Stanford, Muhammad Senu Che'Ghazali. Oleh kerana, polisi kapal terbang yang tidak membenarkan haiwan peliharaan bersama tuannya, Patricia telah mengamanahkan Alex kepada kami. Semasa James memandu, saya duduk menikmati angin suam lebuhraya dibelakang bersama Alex. Kami tidur bersama sehingga sampai di kawasan Pantai Miami yang indah.

Minggu itu ialah minggu yang hebat bagi saya setelah penat menempuhi satu semester yang memenatkan. Keadaan di Miami memang menyeronokkan. Sungguh ramai pelancong. Layanan mesra penduduknya juga membuatkan saya seperti berada di rumah, di South Carolina. Umph.. rindu pula kepada famili dan kawan-kawan. Oh ya, dua hari kemudian, Patricia datang semula ke Miami. Kami menyambut beliau dan rupa-rupanya abang Patricia pura-pura sakit untuk mendapat cuti dan membeli sedikit Kanabis di pantai Miami.

Maka lengkap lah summer saya bersama, James, Patricia, Rebecca, Clifford, Muhammad Senu Che'Ghazali dan si Anjing Alex. Sekarang ini ialah masa saya untuk balik ke rumah dan menikmati Pie Epal buatan ibu! Di South Carolina.

Tuesday, March 15, 2011

Fitrah alam yang misteri

Air pasang surut di laut kerana tarikan graviti oleh bulan. Aku tak tahu sangat teori ni tapi angin-angin yang bertiup ni terjadi daripada mana. Pernah tak kamu berfikir dimana angin ini datang? Membuatkan diri kamu terasa aman seketika.

Aku mula berfikir yang alam ini ada fitrahnya.

Kenapakah penyu-penyu yang baru menetas tidak meluncur ke darat. Semuanya bergerak seiringan ke arah laut. Mereka ialah bayi, yang tidak tahu apa-apa. Macam mana mereka diajar untuk bergerak ke arah laut.

Aku mula berfikir yang alam ini ada fitrahnya.

Gempa bumi, ribut taufan, adakah ianya fitrah? Aku cuba berfikir.
Ia memang fitrah sejak zaman Nabi Lut lagi untuk memperingatkan Manusia. Alam sendiri rasa jelik dengan tingkah laku kamu wahai Manusia. Kamu? Kamu? Kamu?

Aku mula berfikir yang alam ini ada fitrahnya.

Tapi, aku ada kawan nama Mohamad Fitrah. Masa aku form five, dia form four. Seluar sekolah dia bawah kecik. Selalu isap rokok kat tepi bengkel K.H. Rambut belah tengah style bubuh minyak tancho. Satu team bola ngan aku kat sekolah. Dia main striker ala-ala Rooney. Dia digelar digelar orang besi, shield ball terer, ala-ala Drogba. Ada satu time tu kitaorang friendly dengan sekolah mana ntah. Fitrah datang daripada bangku simpanan dan ambil batu nak hempok budak yang tackle team mate. Memang dia bengang member kene tackle. Semangat kawan betul. Itu hari, aku jumpa Fitrah kat Uptown Danau. Tak sempat nak tegur.

Aku mula berfikir yang alam ini ada kawan macam Fitrah.

Saturday, March 12, 2011

Si Pengenang Budi Selepas Asar

Lenaku berdiri di segenap lapisan masyarakat. Memerhatikan riak wajah si musafir kelas atasan. Tiba-tiba, aku telah berada di sebuah lorong yang terpencil. Dibawah samar-samar cahaya, aku ternampak bayang-bayang si pengemis di hujung lorong itu. Perasaan ku jadi berbelah bahagi. Ingin ku pergi bertanya "wahai pengemis, apa yang kau buat disini, kemana arah tujumu? Mengapa kau jadi begini. Apakah engkau mempersiakan masa muda mu?"

Lorong gelap itu membuatkanku berpeluh. Aku takut dengan dinding-dinding yang kotor, sampah-sampah dan bau hanyir sisa makanan yang kusam. Suasana gelap itu juga membundarkan perasaan takut. Adakah aku akan jadi begitu? Pernahkah kamu terfikir kamu akan jadi begitu...

Aku gagahkan kaki demi soalan yang masih tidak terungkai. Langkahku pantas menghampiri si pengemis. Hidungku jelik dengan bau itu dan hati ini tersentuh. Bagaimana sang pengemis, mampu lena dibuai mimpi di lorong itu.

Ku tutup hidungku kerana bau busuk itu dan segera ku bertanya, "Wahai pengemis, kenapa kau tidur disini".
Pengemis yang meniarap cuba menjawab.
"Anakku, anakku, tidak mempedulikan ku. Beliau sudah jadi penyayi. Dan mereka membuangku di sini"

Palingkan mukamu wahai pengemis, ingin ku lihat wajahmu. Dan ingin kukenal wajah mangsa orang yang tidak mengenal erti mengenang budi.

Ya Allah!!! Mama!!! Pengemis itu ialah Ibuku!!!

"Ya, akulah ibumu, di tahun 2019." Diwaktu ini, kamu ialah pemegang saham tertinggi Petronas wahai Zickler. Kamu melupakan ku, kerana kamu kaya. Kamu tidak berkahwin lagi tetapi, anak ikanmu ialah anak kepada Ziana Zain. Kamu sudah lupa diri, anak Ziana Zain tadi ialah lelaki pulak tu. Zickler, aku tidak pernah mengajarmu jadi begini. Kemana pergi nilai-nilai murni yang kuterapkan sejak dikau mula bertatih"

Fuh!
Aku segera bangun dan berlari mendapatkan Mama. Aku cium tangan mama, dan aku menjelaskan kepada beliau.
"Mama, saya tidak akan biarkan Mama jadi pengemis, sesibuk mana pun saya, saya akan pastikan kebajikan Mama terjaga di Rumah Orang Tua. Dekat Taman Bolton tu ada satu, dengar cerita, kat selayang punya pon best. Rumah orang tua satu Malaysia, Cina, Melayu, India. Takdelah nanti Mama bosan pastu duduk dekat lorong yang busuk lagi. Kah Kah Kah.
Huh. Peluh-peluh aku dibuatnya.

Lepastu, pasal skandal dengan anak Ziana Zain tu, memang cibai. Aku ni punye la kuat usha tetek, tak caya tanya Hafidzullah, Ringo dan Daboo. Mana boleh life aku jadi camtu. Mengarut lah. Itu lah orang cakap jangan tidur lepas Asar.

Ibu...

engkau menangis karena aku

engkau sedih karena aku

engkau menderita karena aku

engkau kurus karena aku

engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...

jasamu tiada terbalas

jasamu tiada terbeli

jasamu tiada akhir

jasamu tiada tara

jasamu terlukis indah di dalam surga

Sunday, March 6, 2011

Gadis berbunga Mala

Aku duduk di suatu sudut di halaman rumah pangsa di Seksyen 6. Leka ku memerhatikan sepasang kucing yang berkejaran, berguling di atas rumput yang hijau. Bersama kucing itu, dua orang anak kecil berlari-lari anak mengejar bola belon. Mereka tersenyum, aku juga tersenyum. Si bibik pula memerhatikan si anak kecil, mengawasi dan kadang kala tergelak melihat telatah mereka.

Angin syahdu petang itu menjemput kain di ampaian menari mengikut irama. Aku segera bertenggek di atas penghadang pejalan kaki berwarna biru. Besi penghadang itu suam-suam kerana panas mentari. Molekul dan ion besi itu dapat kurasakan di bahagian punggung dan di tangan kiri. Suamnya hingga ke tulang yang paling dalam.

Gadis itu datang lagi. Dia gadis berbunga Mala

Aku memerhatikan genit tubuh gadis berbunga mala. Rambut style capal nabi. Mengurai menyerbu pipi. Betis mala betis pinang. Pinggang mala stainless steel. Punggung mala keding jambu batu. Dada mala kelapa upih jenis natural beauty. Leher mala rambu-rambu tak panjang tak pendek lebih kurang gelas teh kat Khulafa. Lentok mala ala-ala Haliza Misbun dalam cerita Salam Taj Mahal.

Walaupun dari jauh, ku tahu, ini ialah gadis impian. Lemah gemailai ligamen lutut bila Mala tersenyum dari jauh - Dia melihat telatah anak kecil tadi. Segera aku menghembuskan asap rokok Peter untuk mengawal serangan panik. Mataku mengekor tajam wajah ayu itu. Sungguh Ayu kau gadis berbunga Mala. Sungguh Ayu...

Sedang aku tunduk sambil memejamkan mata menunggu gadis berbunga Mala, ku terdengar bunyi lembut tapak kakinya yang semakin hampir. Hati ini berdesup laju kerana wangian antagonis si gadis. Aku tidak sabar melihat wajahmu wahai gadis berbunga Mala secara close-up view/first person view macam game counter strike/jenis yang HD zoom rapat-rapat punye - segera aku membuka mata. Dan Bullshit bila ku tengok kebawah, seluar track aku koyak kat celah kangkang!!! Baru aku perasan dan gadis berbunga Mala sudah jauh kedepan... Yang tinggal hanyalah wangian Mala yang tersengih sinis.

gambar di ambil di http://4.bp.blogspot.com

Saturday, March 5, 2011

Wilayah Perasaan

Memang dingin ketika waktu subuh itu. Puting tetek timbul tenggelam efek daripada suhu bawah paras normal syurga jadian. Hujan rintik-rintik, air bergelora dek kerana gelodak kondensasi awan komulus yang lemah syahwat. Tulang temulang irihati dengan dengkuran rakan sebaya. Ayuhlah mengalah, mereka tidak menyalin satu chapter 8 sebagai tugasan pelajaran. Mereka insan seni, dengkuran itu bagaikan lagu dan bunyi bass ialah lapik tangan iblis yang menutup telinga mereka daripada Azan Subuh. Walaupun tidak lena, syaitan itu berjaya juga menutup telinga aku daripada Azan berkumandang. Lamunan itu terhenti rakan-rakan. Mari sini aku ceritakan tentang satu kawasan yang indah. Habsyah.

Ada satu wilayah di Habsyah yang digelar wilayah perasaan. Wilayah itu terdiri daripada enam daerah. Mari rapat kawan-kawan. Rapatkan diri dengan papan kekunci. Rapat lagi. Ini cerita tauladan, tiada dalam ria atau di bilik suntingan RTM. Baiklah, Enam daerah di dalam wilayah perasaan ialah daerah Sepi, Daerah Benci, daerah Marah, Daerah gembira, Daerah tenang dan daerah Cinta.

Daerah ini selalu bergolak berebutkan kawasan antara satu sama lain. Daerah Marah selalu ditindas kerana hamba abdi yang kebanyakannya penduduk asli hutan amazon yang agak kurang dari segi paras rupa. Bisnes penyeludupan modal insan pelacuran juga agak kelam disitu. Usahawan muda lebih gemar kupu-kupu transgender daripada Thailand yang lebih murah dan pandai melayan kehendak sang suami. Maigod, Maigod, Maigod

Daerah sepi pula, lemah kerana pemimpin yang hina dan tidak tahu apa itu strategic planning. Hasil bumi dikaut untuk membeli gegendang “alert” tsunami sedangkan kawasan itu diliputi padang pasir dan musafir e-book yang amalkan bidaah. Lain pula cerita di daerah Benci. Rakyatnya terlampau demokrasi. Perkahwinan sesama gender dihalalkan, gereja gothic pula menjadi simbol dolar dan menindas pengikut orthodox. Laungan saya gay, saya okay berkumandang di Parlimen ketika pilihanraya kecil Dun Merlimau. Golongan tua juga gemar bermain fixie sehingga lupa niat solat sunat rawatib dan surah-surah lazim.

Rakyat di dalam daerah cinta pula gempal-gempal dan banyak kencing manis dan darah tinggi. Terlalu obes dan tidak mengenal realiti. Walaupun ada logi nuklear disitu, tenaga nuklear dijana untuk maintenance kilang songket. Rakyatnya jadi kabur dan pathetic tentang isu Fazura tetek silikon berita utama kosmo. Begitu juga di daerah gembira yang terlampau obses dengan kehadiran allejandro lady gaga. Di situ, lagu firework didendangkan ketika Ramadan. Tiada lagi syair-syair Shanon Ahmad, puisi-puisi Rosmah Mansur, pantun dua kerat Trio Imuda, Mat Over dan Ahmad Busu dalam pi mai pi mai tang tu. Muda mudi gemarkan dadah sintetik jenis kokain dan unsur lucah pelir palsu dijadikan banner online ad didalam laman sesawang. Teruk, teruk teruk.

Daerah-daerah ini berebut cuba menguasai wilayah Perasaan, tetapi mereka tidak fikir panjang. Mereka lemah didalam subjek management dan tidak mengamalkan organization development. Mereka tidak mampu untuk menyerang dan menguasai daerah-daerah lain dalam masa tiga jam.

-

Sekarang, jam sudah 6.25 pagi. Jeritan sang cengkerik sudah lama sayup-sayup hilang. Puting cokelat pula sudah mula kembali ke bentuk asal hasil ukiran sejadah emas daripada Tibet bahagian timur dekat dengan Wakaf Cek Yeh. Pasar borong selayang juga sudah kembali ceria. aku berbaring, sambil encik 6.25 pagi mengubah destininya ke 6.32.

Aku sarungkan boxer, aku sepak kertas-kertas yang berlumuran arahan bumiputera ke tepi. Ada satu dua kertas dan ubat pensel kertas melekat-melekat dibahagian belakang. Punggungku terselit buku management beserta plastik kerepek Bika. Aku tidak peduli. Aku alihkan kipas di kawasan strategik dan pastikan gearnya di nombor tiga. Ini yang aku inginkan. Segera aku mengubah posisi dan bunyi krek-krek kerepek bika dihimpap pehaku yang bunting keladi.

Kini, kipas berada di celah kangkangku. Fuh, impianku menjadi kenyataan, bagaikan ramayana yang membisikkan kisah terulung daripada kitab sanskrit. Angin-angin sayu menghembus dicelah adikku yang digelar Alexander the great. . Bulu romaku meremang kerana dingin ini menghantui segenap perasaan rindu. Sayu yang datang daripada bawah badan ini mengusik jiwaku - aku seperti berpusing-pusing. Sekali lagi, aku menjerit ahh... sejuk nya. Aku tenang. Aku tenang. Setenang ikan dilaut tanpa ombak jahat. Oh, baru ku teringat, tentang daerah tenang yang belum aku ceritakan. Kawan-kawan ini rahsia, Daerah ini lah yang menguasai Wilayah Perasaanku sekarang ini. Daerah Tenang sewaktu angin kipas gear tiga dicelah kangkang, Ketika fajar kuning mula berlayar mengikut hukum fitrah.

Monday, February 28, 2011

komplot

Bila burung yang aku bela berbunyi.
"ada komplot nak membenci kau. Ada orang nak palang kau"

Biarkanlah hasat dengki, tamak haloba menguasai diri mereka.

I can smell your motive, tapi kenapa? kenapa?

Bukankah mudah kalau kita berbicara?

Friday, February 25, 2011

Kebetulan dan Strategic Planning dan Gembira

Orang ada cakap, kita mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Kau dah plan baik-baik, dan kau yakin benda yang kau plan menjadi sesuatu yang indah. Kau juga berangan, projek yang kau plan tu akan menjadi example dalam buku Management(LIB501) strategic planning chapter 5. Mat salleh punya kagum dengan cara planning kau dan siap letak dalam buku. Takde dah wall-mart, exxon mobile atau Kira Kerner (porn star ni takde kene mengena) .Kira projek kau akan menjadi kebanggaan keluarga dan rakyat marhain segera menggangap kau dewa planning.

Tapi, pernah kah korang plan akan jadi lelaki. Pernah kah mak bapak korang plan kau akan jadi perempuan. Pernah kah kau plan yang anak buah kau yang lahir nanti takkan kerek dengan kau. Pernahkah kau plan bulu kaki kau jadi banyak dan naik ke peha dan bahagian atas yang lain.

Bercakap tentang plan, memang pelik. Memang aku akui, kita kene merancang sesuatu untuk melicinkan perjalanan sesuatu benda. Tapi, apa yang ingin ditegaskan disini ialah, kegembiraan itu tidak boleh di plan' kan. Tapi, kalau korang sebut pasal kesedihan, itu tak boleh cerita dekat post ini. Itu kene tunggu dark side' aku keluar. Dark side ni kene seru sikit. Ritual dia pon payah, nak kene ada daging kambing, sirih, bunga lawang, bijik lada, asam keping, jintan manis, minyak sapi, daun kesum, rempah biji, biji kedauk dan macam-macam lah.

Yang penting, semalam aku tidak plan untuk bergembira. Selamat Hari Jadi Hafidzulah.
p/s- aku tak pernah plan nak jadi Brad Pitt - Look Alike... bwahahahh

Saturday, February 12, 2011

Selesa....

Dungun,

Berita yang hadir hampir mengejutkan setiap pelajar. Lecturer yang akan ajar killer subject ialah Encik Latep Saleh. Encik Latep ni, memang digeruni sebab dia garang lepastu suka bagi orang repeat. Masa Firts class, semua orang dia sound. Especially aku.

"Nama Saya Zickler, saya berasal daripada Gombak". Aku memperkenalkan diri kepada semua rakan kelas termasuk beliau.

Uk... Uk.. Uk.. Encik Latep buat bunyi orang asli sambil pegang lembing. "Awak keturunan orang asli ke?", balas Encik Latep. Aku memang panas dengan dia tapi aku diam je lah. Apa boleh buat, hari ini hari kau. Esok hari aku.

-

"Minta maaf Encik Latep, saya tak dapat datang kelas saya cirit birit", ini alasan aku ponteng masa kelas Encik Latep selang beberapa minggu selepas first class. "Okay, saya faham. Awak tak siap kerja saya" Balas Encik Latep.

Next class time aku masuk, Encik Latep sound "Ha.. Hari ini tak berak pulak?". Dalam masa 3 Jam kelas Encik Latep, Ayat yang keluar, tahi, Zickler, Birit, Cirit, Kuning. Encik Latep siap tanye lagi aku berak colour aper. Aku kene kaw-kaw time kelas tu. Tapi aku rasa seronok lah, kelas tu tak jadi boring. Next class, mangsa yang lain pulak kene. Memang kerja dia bahan orang.

In the end of the semester, carrymark aku 23/60. Guess what? time result aku keluar aku dapat B+. Tak logik aku dapat 40% untuk dapat B+. There is a lot memory with him sepanjang Tiga sem aku duduk dengan dia. Encik Latep lagenda kat Dungun sebab semua orang takut dengan dia. Tapi bagi aku dia lagenda sebab dia boleh ubah perception student-student kat Dungun. Better perception and better grades and more vision and self esteem.

Yang peliknya, bila orang lain rasa takut-takut dengan dia, aku rasa cam selesa dan jarang aku skip class dia. Tiga sem aku choose untuk satu kelas dengan dia walaupun banyak gile student-student yang lain lari and pick another lecturer. Even killer paper in last semester Diploma. Dia ajar aku.

Selesa...
Tapi, cuma aku rasa tak selesa bila aku dapat tau yang last semester dia kembali ke Rahmatullah. Aku tak selesa sebab aku tak dapat cakap. "Encik Latep, I'm taking degree right now base on your honesty to deliver your knowledge". I never say thanks even I got your number in my phonebook. I never care to give you just one call, even i know you are in Hospital fighting with your life having a heart attack. I know u not renewed your contract because your health condition. Now what regrets? Fuck em. Too late.

Hari ini genap 100 hari Encik Latep pergi. (know it 100days base on my friend blog and FB status).

Saya berharap, segala ilmu yang Encik bagi kat saya menjadi pahala yang membantu menyinari Encik Latep di akhirat kelak, ketika hari pertimbangan. Semoga pusara Encik Latep diterangi dengan amalan, doa anak-anak dan doa para pelajar. Insya'allah, ilmu encik latep turunkan tu akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Insya'allah... Terima Kasih Encik Latep. Now, I really miss your jokes.

Semoga Encik Latep ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Thursday, February 10, 2011

Pejoging Hardcore 2010 and Healthy Advices for People who Apply Healthy Lifestyle (Al - Kisah Cuti Sem)

22/12/10

Aku pejoging handal. Tapi semalam punye joging amat pelik. Aku kuar rumah pukul enam suku terus pergi tasik. Lepas joging beberapa round, aku benti sebab laungan mengaji daripada masjid dah berkumandang. Juga tanda Azan Maghrib hampir tiba. Juga tanda, punggung-punggung awek yang aku ikut dibelakang mereka ketika joging akan pulang. Aku kecewa dan terus duduk kat tepi batu. Lepastu aku pergi kat motor amek barang. Lepastu aku duduk kat tepi batu tu balik. Mana tau ada rezeki dapat ikut punggung baru, fresh punye.

Inilah kejadian pelik semasa aku tengah duduk kat batu itu :

"Huh, dahsyat awok ni", Kata seorang Pak Cik yang sedang berjalan didepan aku.

Dalam hati aku bangga, pak cik ni kagum dengan larian-larian deras aku ketika joging tadi. Hidung kembang sekejap.

"Aiyooo, you ni mmg gila", Kata apek lorong rumah aku yang kebetulan berjoging juga.

Aku menghembus dan senyum-senyum.

Ada satu punggung hot, usha aku lepastu buat-buat batuk. Ahh. Aku dah takde mood la nak ikut kau. Gaya-gaya hot mom a.k.a The Cougar macam Courtney Cox, the Cougar Town ni gua surrender lah. Aku buat keputusan untuk biarkan punggung itu berlalu pergi. Sayu aku tengok punggung itu hilang daripada pandangan.

"Woi anak Bilal, kau memang babi lah tak sayang nyawa. Orang lepas joging warm-down", Jerit adik kawan aku yang kebetulan juga berjoging sekali.

"Aku tengah Warm-Down la ni, bongok. Kau tu budak-budak lagi. Air mazi pon kau tak tau maksud dia ape" Jerit aku daripada atas batu itu kepada beliau yang berada di tingkat bawah tasik.

Lepas tu, ketika tengah sibuk berpeluh itu, aku nyalakan rokok yang ketiga. Nadi aku dah dub dab dub dab. Tapi ape ada hal, It's a chill to watch women butt while you are smoking. Sakit dapat, dosa pon dapat.

p.s
Mengikut kajian doktor ketika umur 21 tahun paru-paru akan jadi matang dan merokok 3 batang selepas joging ialah petua George Clooney dan Al-Pacino untuk awet muda. Lagi banyak batang lagi muda bx................................ eettetetettteeet... *sensort

Wednesday, February 2, 2011

Forever Blues and I am Doubtfull

If i have two hearts, i will say that i love Chelsea with all my hearts. The men who make me support the blues are Nuar Muluk. He’s one year older than me and soul partner in Religious School. We play football together at evening and i know his entire sibling because i’m hanging out at his house almost every day. When i was twelve, he always bring me to nearest restaurant to watch the game while ate Roti Canai. Now, he further his studies at UiA and it’s been a while we not keep in touch with each other. But, he is the most important people in my life.

When I watched Chelsea game, i was attracted with number 25 – Gianfranco Zola. True footballer and a living legend. Suddenly, Nuar introduced me to all Chelsea greatest players. At the age of thirteen his knowledge about Chelsea impresses me. While at that time i just love Alan Shearer and Gustavo Poyet (because no cable tv provided at that time and once a week, a highlight of all matched in TV2). I remember, on Monday I have nervous feeling to see Premier league results on newspaper. I will see the table first and usually chelsea’s in top 6 or 7. Chelsea always won a game with big team but they lose with smaller team. That is the rule that i love. To see Man Utd and Liverpool and Arsenal stumble at Stamford Bridge.

Fuck. What I try to explain is, fifty million for Fernando Torres never impress me. He always injured, not consistent performer and he cant save Liverpool. He is an Icon for Liverpool. Bought him are like John Terry joining Liverpool with multimillion contracts. no offense To all Liverpool fans but Chelsea just gave you money to buy looser. It is benefit for you though.

It is time to change to Serie A. Virginity of football is still there. No advert expense, no big money. It’s all about the game and at this moment I am stoned and excuse me i want a pee.

P.s

even good striker like Giampaolo Pazzini joining intermilan with just 15Million quids.

Chelsea 2000 vs Chelsea 2011, i still believe Ed De Goey will make a good save to won the game one nil.


Tuesday, January 18, 2011

It's the sun and moon

Tomorrow we cheer the moment.
Tonight we celebrate.
Today we embrace the light of rising sun.

Yesterday we fought until the battle end.
Before yesterday, we holding hands, as together pray
Those are not the last day we sat under the dim moonlight
I remember how the moon smile toward her solitude.
How the star collapse to another with a little splash.
How i begin to cheer before the glorious victory.

It's not yet a victory before that fucking battle.
The journey not end tomorrow.
Yet we live in Sorrow but
i'll enjoy the moment under the sun
and a moment later I cheer it with the moon.

GET A FUCKING LIFE.

Pesanan Penaja.
Friday. jgn lupa semayang jumaat.
Thursday. Jgn lupa mandi Wajib.

Ingat pesan Abah.