Thursday, March 17, 2011

Aku, dia dan scaling gitar A minor.

Malam itu sunyi. Yang ada hanyalah aku, gitar, dan bunyi petikan Minor. Seperti biasa, kepulan asap itu sudah menjadi tradisi menghalau kelibat nyamuk. Aku duduk bersendirian di hadapan tingkap. Menikmati lampu disko bangunan S.U.K Selangor.

3 pagi 17 Haribulan.

3.23 Pagi 17 Haribulan, telefon itu berdering. Walaupun, tiada nama yang muncul di papan skrin telefon, aku tahu, aku pasti, milik siapa nombor itu. Perasaan bercampur-baur, gembira ada, suka, resah dan tak tentu hala. Aku tukarkan mode telefon ke silent, untuk mengelak rakan lain terjaga.

3.27 Pagi 17 Haribulan, telefon itu bergetar lagi. Walaupun, tiada nama yang muncul di papan skrin telefon, aku tahu, aku pasti, milik siapa nombor itu. Aku hembuskan asap rokok, dan kepulan asap itu membentuk satu kisah yang telah lama berlalu.

Kenapa sekarang, kenapa hari ini? Masa itu dah cukup lama. Semua ini cuma memori. Mustahil, aku akan menekan butang hijau di telefon itu. Itu ialah ego.

3.34 Pagi 17 Haribulan, telefon itu bergetar lagi. Walaupun, tiada nama yang muncul di papan skrin telefon, aku tahu, aku pasti, milik siapa SMS itu. Kandungannya ialah "Ingat lagi tak tarikh ni, thank you for the beautiful day".

-

Mustahil aku boleh lupa tarikh ini walaupun sudah beberapa tahun berlalu. People move on. Jgn sia-sia kan benda yang kau dah usahakan. Aku pon dah tak kisah. Tapi...

17 Haribulan Mac,
Hari itu memang sempurna kerana, Hari itu cuma ada Aku,Dia dan Scaling A minor.

Wednesday, March 16, 2011

Satu summer (post khas ditujukan kepada BFFFF Diyana Zamri

Di satu summer yang indah, saya, James dan Patricia di dalam persiapan untuk pergi bercuti di Pantai Miami. Tujuan percutian ini adalah untuk menghilangkan stress setelah menempuhi satu semester yang panjang di University of California, Los Angelses, (UCLA). Seperti biasa, Patricia tidak pernah lupa tentang Alex, anjing kesayangannya. Alex ialah anjing dalmation yang sangat comel dan mendengar kata tuan. Pada mulanya, Alex tidak terlalu mesra dengan saya dan James. Tetapi setelah lama bersama, Alex mudah memahami kami, malah dia juga mendengar kata-kata kami.

Semasa kali pertama mendaftarkan diri di UCLA, saya telah ditempatkan di sebuah bilik bersama Patricia di Asrama Perindu, berhampiran dengan Kolej Mawar. Ya, Patricia ialah Roomate saya dan James pula ditempatkan di bilik sebelah. Walaupun berlainan jantina, saya memahami perasaan patricia - seorang perempuan yang kemas dan teratur. Secara kebetulan James duduk bersendirian. Oleh itu saya lebih banyak menghabiskan masa saya bersama James untuk memberi peluang kepada Patricia mempunyai privasi yang lebih.

Semasa di kolej, saya digelar freak. Saya berkaca mata, rambut serabai-serabai dan suka membaca buku tentang komputer dan kamasutra. Saya akui saya nerd dan saya tidak menyangka saya akan bertemu dua rakan yang hebat di UCLA. Orang yang dimaksudkan tentu sekali teman baik saya, Patricia dan James.

Semasa dalam perjalanan, Patricia mendapat satu panggilan telefon yang menyebabkan beliau menarik diri daripada trip kami ke pantai Miami. Ibunya menjelaskan abang beliau, Clifford yang bekerja sebagai Marin di Southport Lewingston, terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kemalangan. Kami menghantar beliau ke lapangan terbang. Mujur masih ada tiket untuk ke Boston Kiri!!! Beliau memang bernasib baik.

Perjalanan kami diteruskan tetapi tempat Patricia digantikan dengan Rebecca, rakan kelas kami daripada Toronto, Kanada. Rebecca cantik dan digilai ramai budak lelaki terutama pemain Ragbi kolej tajaan Mara. Iyalah, dia ialah ketua pasukan sorak UCLA. Khabar angin mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan quarterback pasukan Stanford, Muhammad Senu Che'Ghazali. Oleh kerana, polisi kapal terbang yang tidak membenarkan haiwan peliharaan bersama tuannya, Patricia telah mengamanahkan Alex kepada kami. Semasa James memandu, saya duduk menikmati angin suam lebuhraya dibelakang bersama Alex. Kami tidur bersama sehingga sampai di kawasan Pantai Miami yang indah.

Minggu itu ialah minggu yang hebat bagi saya setelah penat menempuhi satu semester yang memenatkan. Keadaan di Miami memang menyeronokkan. Sungguh ramai pelancong. Layanan mesra penduduknya juga membuatkan saya seperti berada di rumah, di South Carolina. Umph.. rindu pula kepada famili dan kawan-kawan. Oh ya, dua hari kemudian, Patricia datang semula ke Miami. Kami menyambut beliau dan rupa-rupanya abang Patricia pura-pura sakit untuk mendapat cuti dan membeli sedikit Kanabis di pantai Miami.

Maka lengkap lah summer saya bersama, James, Patricia, Rebecca, Clifford, Muhammad Senu Che'Ghazali dan si Anjing Alex. Sekarang ini ialah masa saya untuk balik ke rumah dan menikmati Pie Epal buatan ibu! Di South Carolina.

Tuesday, March 15, 2011

Fitrah alam yang misteri

Air pasang surut di laut kerana tarikan graviti oleh bulan. Aku tak tahu sangat teori ni tapi angin-angin yang bertiup ni terjadi daripada mana. Pernah tak kamu berfikir dimana angin ini datang? Membuatkan diri kamu terasa aman seketika.

Aku mula berfikir yang alam ini ada fitrahnya.

Kenapakah penyu-penyu yang baru menetas tidak meluncur ke darat. Semuanya bergerak seiringan ke arah laut. Mereka ialah bayi, yang tidak tahu apa-apa. Macam mana mereka diajar untuk bergerak ke arah laut.

Aku mula berfikir yang alam ini ada fitrahnya.

Gempa bumi, ribut taufan, adakah ianya fitrah? Aku cuba berfikir.
Ia memang fitrah sejak zaman Nabi Lut lagi untuk memperingatkan Manusia. Alam sendiri rasa jelik dengan tingkah laku kamu wahai Manusia. Kamu? Kamu? Kamu?

Aku mula berfikir yang alam ini ada fitrahnya.

Tapi, aku ada kawan nama Mohamad Fitrah. Masa aku form five, dia form four. Seluar sekolah dia bawah kecik. Selalu isap rokok kat tepi bengkel K.H. Rambut belah tengah style bubuh minyak tancho. Satu team bola ngan aku kat sekolah. Dia main striker ala-ala Rooney. Dia digelar digelar orang besi, shield ball terer, ala-ala Drogba. Ada satu time tu kitaorang friendly dengan sekolah mana ntah. Fitrah datang daripada bangku simpanan dan ambil batu nak hempok budak yang tackle team mate. Memang dia bengang member kene tackle. Semangat kawan betul. Itu hari, aku jumpa Fitrah kat Uptown Danau. Tak sempat nak tegur.

Aku mula berfikir yang alam ini ada kawan macam Fitrah.

Saturday, March 12, 2011

Si Pengenang Budi Selepas Asar

Lenaku berdiri di segenap lapisan masyarakat. Memerhatikan riak wajah si musafir kelas atasan. Tiba-tiba, aku telah berada di sebuah lorong yang terpencil. Dibawah samar-samar cahaya, aku ternampak bayang-bayang si pengemis di hujung lorong itu. Perasaan ku jadi berbelah bahagi. Ingin ku pergi bertanya "wahai pengemis, apa yang kau buat disini, kemana arah tujumu? Mengapa kau jadi begini. Apakah engkau mempersiakan masa muda mu?"

Lorong gelap itu membuatkanku berpeluh. Aku takut dengan dinding-dinding yang kotor, sampah-sampah dan bau hanyir sisa makanan yang kusam. Suasana gelap itu juga membundarkan perasaan takut. Adakah aku akan jadi begitu? Pernahkah kamu terfikir kamu akan jadi begitu...

Aku gagahkan kaki demi soalan yang masih tidak terungkai. Langkahku pantas menghampiri si pengemis. Hidungku jelik dengan bau itu dan hati ini tersentuh. Bagaimana sang pengemis, mampu lena dibuai mimpi di lorong itu.

Ku tutup hidungku kerana bau busuk itu dan segera ku bertanya, "Wahai pengemis, kenapa kau tidur disini".
Pengemis yang meniarap cuba menjawab.
"Anakku, anakku, tidak mempedulikan ku. Beliau sudah jadi penyayi. Dan mereka membuangku di sini"

Palingkan mukamu wahai pengemis, ingin ku lihat wajahmu. Dan ingin kukenal wajah mangsa orang yang tidak mengenal erti mengenang budi.

Ya Allah!!! Mama!!! Pengemis itu ialah Ibuku!!!

"Ya, akulah ibumu, di tahun 2019." Diwaktu ini, kamu ialah pemegang saham tertinggi Petronas wahai Zickler. Kamu melupakan ku, kerana kamu kaya. Kamu tidak berkahwin lagi tetapi, anak ikanmu ialah anak kepada Ziana Zain. Kamu sudah lupa diri, anak Ziana Zain tadi ialah lelaki pulak tu. Zickler, aku tidak pernah mengajarmu jadi begini. Kemana pergi nilai-nilai murni yang kuterapkan sejak dikau mula bertatih"

Fuh!
Aku segera bangun dan berlari mendapatkan Mama. Aku cium tangan mama, dan aku menjelaskan kepada beliau.
"Mama, saya tidak akan biarkan Mama jadi pengemis, sesibuk mana pun saya, saya akan pastikan kebajikan Mama terjaga di Rumah Orang Tua. Dekat Taman Bolton tu ada satu, dengar cerita, kat selayang punya pon best. Rumah orang tua satu Malaysia, Cina, Melayu, India. Takdelah nanti Mama bosan pastu duduk dekat lorong yang busuk lagi. Kah Kah Kah.
Huh. Peluh-peluh aku dibuatnya.

Lepastu, pasal skandal dengan anak Ziana Zain tu, memang cibai. Aku ni punye la kuat usha tetek, tak caya tanya Hafidzullah, Ringo dan Daboo. Mana boleh life aku jadi camtu. Mengarut lah. Itu lah orang cakap jangan tidur lepas Asar.

Ibu...

engkau menangis karena aku

engkau sedih karena aku

engkau menderita karena aku

engkau kurus karena aku

engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...

jasamu tiada terbalas

jasamu tiada terbeli

jasamu tiada akhir

jasamu tiada tara

jasamu terlukis indah di dalam surga

Sunday, March 6, 2011

Gadis berbunga Mala

Aku duduk di suatu sudut di halaman rumah pangsa di Seksyen 6. Leka ku memerhatikan sepasang kucing yang berkejaran, berguling di atas rumput yang hijau. Bersama kucing itu, dua orang anak kecil berlari-lari anak mengejar bola belon. Mereka tersenyum, aku juga tersenyum. Si bibik pula memerhatikan si anak kecil, mengawasi dan kadang kala tergelak melihat telatah mereka.

Angin syahdu petang itu menjemput kain di ampaian menari mengikut irama. Aku segera bertenggek di atas penghadang pejalan kaki berwarna biru. Besi penghadang itu suam-suam kerana panas mentari. Molekul dan ion besi itu dapat kurasakan di bahagian punggung dan di tangan kiri. Suamnya hingga ke tulang yang paling dalam.

Gadis itu datang lagi. Dia gadis berbunga Mala

Aku memerhatikan genit tubuh gadis berbunga mala. Rambut style capal nabi. Mengurai menyerbu pipi. Betis mala betis pinang. Pinggang mala stainless steel. Punggung mala keding jambu batu. Dada mala kelapa upih jenis natural beauty. Leher mala rambu-rambu tak panjang tak pendek lebih kurang gelas teh kat Khulafa. Lentok mala ala-ala Haliza Misbun dalam cerita Salam Taj Mahal.

Walaupun dari jauh, ku tahu, ini ialah gadis impian. Lemah gemailai ligamen lutut bila Mala tersenyum dari jauh - Dia melihat telatah anak kecil tadi. Segera aku menghembuskan asap rokok Peter untuk mengawal serangan panik. Mataku mengekor tajam wajah ayu itu. Sungguh Ayu kau gadis berbunga Mala. Sungguh Ayu...

Sedang aku tunduk sambil memejamkan mata menunggu gadis berbunga Mala, ku terdengar bunyi lembut tapak kakinya yang semakin hampir. Hati ini berdesup laju kerana wangian antagonis si gadis. Aku tidak sabar melihat wajahmu wahai gadis berbunga Mala secara close-up view/first person view macam game counter strike/jenis yang HD zoom rapat-rapat punye - segera aku membuka mata. Dan Bullshit bila ku tengok kebawah, seluar track aku koyak kat celah kangkang!!! Baru aku perasan dan gadis berbunga Mala sudah jauh kedepan... Yang tinggal hanyalah wangian Mala yang tersengih sinis.

gambar di ambil di http://4.bp.blogspot.com

Saturday, March 5, 2011

Wilayah Perasaan

Memang dingin ketika waktu subuh itu. Puting tetek timbul tenggelam efek daripada suhu bawah paras normal syurga jadian. Hujan rintik-rintik, air bergelora dek kerana gelodak kondensasi awan komulus yang lemah syahwat. Tulang temulang irihati dengan dengkuran rakan sebaya. Ayuhlah mengalah, mereka tidak menyalin satu chapter 8 sebagai tugasan pelajaran. Mereka insan seni, dengkuran itu bagaikan lagu dan bunyi bass ialah lapik tangan iblis yang menutup telinga mereka daripada Azan Subuh. Walaupun tidak lena, syaitan itu berjaya juga menutup telinga aku daripada Azan berkumandang. Lamunan itu terhenti rakan-rakan. Mari sini aku ceritakan tentang satu kawasan yang indah. Habsyah.

Ada satu wilayah di Habsyah yang digelar wilayah perasaan. Wilayah itu terdiri daripada enam daerah. Mari rapat kawan-kawan. Rapatkan diri dengan papan kekunci. Rapat lagi. Ini cerita tauladan, tiada dalam ria atau di bilik suntingan RTM. Baiklah, Enam daerah di dalam wilayah perasaan ialah daerah Sepi, Daerah Benci, daerah Marah, Daerah gembira, Daerah tenang dan daerah Cinta.

Daerah ini selalu bergolak berebutkan kawasan antara satu sama lain. Daerah Marah selalu ditindas kerana hamba abdi yang kebanyakannya penduduk asli hutan amazon yang agak kurang dari segi paras rupa. Bisnes penyeludupan modal insan pelacuran juga agak kelam disitu. Usahawan muda lebih gemar kupu-kupu transgender daripada Thailand yang lebih murah dan pandai melayan kehendak sang suami. Maigod, Maigod, Maigod

Daerah sepi pula, lemah kerana pemimpin yang hina dan tidak tahu apa itu strategic planning. Hasil bumi dikaut untuk membeli gegendang “alert” tsunami sedangkan kawasan itu diliputi padang pasir dan musafir e-book yang amalkan bidaah. Lain pula cerita di daerah Benci. Rakyatnya terlampau demokrasi. Perkahwinan sesama gender dihalalkan, gereja gothic pula menjadi simbol dolar dan menindas pengikut orthodox. Laungan saya gay, saya okay berkumandang di Parlimen ketika pilihanraya kecil Dun Merlimau. Golongan tua juga gemar bermain fixie sehingga lupa niat solat sunat rawatib dan surah-surah lazim.

Rakyat di dalam daerah cinta pula gempal-gempal dan banyak kencing manis dan darah tinggi. Terlalu obes dan tidak mengenal realiti. Walaupun ada logi nuklear disitu, tenaga nuklear dijana untuk maintenance kilang songket. Rakyatnya jadi kabur dan pathetic tentang isu Fazura tetek silikon berita utama kosmo. Begitu juga di daerah gembira yang terlampau obses dengan kehadiran allejandro lady gaga. Di situ, lagu firework didendangkan ketika Ramadan. Tiada lagi syair-syair Shanon Ahmad, puisi-puisi Rosmah Mansur, pantun dua kerat Trio Imuda, Mat Over dan Ahmad Busu dalam pi mai pi mai tang tu. Muda mudi gemarkan dadah sintetik jenis kokain dan unsur lucah pelir palsu dijadikan banner online ad didalam laman sesawang. Teruk, teruk teruk.

Daerah-daerah ini berebut cuba menguasai wilayah Perasaan, tetapi mereka tidak fikir panjang. Mereka lemah didalam subjek management dan tidak mengamalkan organization development. Mereka tidak mampu untuk menyerang dan menguasai daerah-daerah lain dalam masa tiga jam.

-

Sekarang, jam sudah 6.25 pagi. Jeritan sang cengkerik sudah lama sayup-sayup hilang. Puting cokelat pula sudah mula kembali ke bentuk asal hasil ukiran sejadah emas daripada Tibet bahagian timur dekat dengan Wakaf Cek Yeh. Pasar borong selayang juga sudah kembali ceria. aku berbaring, sambil encik 6.25 pagi mengubah destininya ke 6.32.

Aku sarungkan boxer, aku sepak kertas-kertas yang berlumuran arahan bumiputera ke tepi. Ada satu dua kertas dan ubat pensel kertas melekat-melekat dibahagian belakang. Punggungku terselit buku management beserta plastik kerepek Bika. Aku tidak peduli. Aku alihkan kipas di kawasan strategik dan pastikan gearnya di nombor tiga. Ini yang aku inginkan. Segera aku mengubah posisi dan bunyi krek-krek kerepek bika dihimpap pehaku yang bunting keladi.

Kini, kipas berada di celah kangkangku. Fuh, impianku menjadi kenyataan, bagaikan ramayana yang membisikkan kisah terulung daripada kitab sanskrit. Angin-angin sayu menghembus dicelah adikku yang digelar Alexander the great. . Bulu romaku meremang kerana dingin ini menghantui segenap perasaan rindu. Sayu yang datang daripada bawah badan ini mengusik jiwaku - aku seperti berpusing-pusing. Sekali lagi, aku menjerit ahh... sejuk nya. Aku tenang. Aku tenang. Setenang ikan dilaut tanpa ombak jahat. Oh, baru ku teringat, tentang daerah tenang yang belum aku ceritakan. Kawan-kawan ini rahsia, Daerah ini lah yang menguasai Wilayah Perasaanku sekarang ini. Daerah Tenang sewaktu angin kipas gear tiga dicelah kangkang, Ketika fajar kuning mula berlayar mengikut hukum fitrah.