Tuesday, April 19, 2011

Fiksyen Seorang Lelaki

Si wanita sedang tergesa-gesa hendak ke pejabat. Si lelaki pula sedang duduk di atas kerusi. Tanpa mempedulikan lelaki itu, si Wanita berlari anak di hadapan lelaki tadi. Dia berbaju ketat dan tubuhnya montok suam suam mariah carey.

Dengan kadar segera sebentuk awan terbentuk diatas kepala lelaki tadi. Disitu juga, bermula fiksyen seorang lelaki. Bukan fiksyen seorang lelaki. Tetapi fiksyen setiap lelaki.

Siapa lelaki yang tak nak mengaku baik pergi tukar jantina dekat sempadan. Taik baik tipu. Berdosa tau.

Monday, April 18, 2011

Fiksyen Seorang Wanita

Bunyi air yang jatuh ke sinki memecah kesuyian petang yang kelam. Cuaca amat sesuai untuk keluarga di Bandar Merak Kayangan bersenang-senang. Di kesempatan ini, Rosnah gunakan untuk beristirehat. Pintu dapurnya di buka untuk menghirup udara segar dari laman. Aiman, anaknya dibiarkan berlari bebas di laman sambil ekor matanya memerhati setiap gerak anak kecil itu.

Sedang khusyuk Rosnah membuat kerja-kerja dapur, Aiman masuk ke dapur dengan tergesa-tergesa. Aiman yang comel tersenyum riang, sambil memegang sebuah kotak hitam.

Rosnah: Aiman, jangan main kotak tu. Itu kotak waktu. Nanti waktu berputar.

Aiman, berumur 4 tahun, tersenyum dan membaling kotak itu.

Dan waktu itu berputar.

-

2011

dub.. dub.. dub..
Rosnah hampir pitam. Bunyi disini sangat bising. Dan dikalangan orang yang ramai itu, hanya bunyi bass yang mengikut nadi jantung sahaja dapat mengingatkan dia dengan dunia sebenar. Rosnah meneguk air didalam gelas kaca. Perutnya terasa panas. Dia berpeluh dan melihat ke atas.

Lampu disitu kelam. Diikuti sinar biru dari atas siling yang berputar. Kepalanya berputar mengikut sinar lampu itu sehingga lagu kegemaran beliau diputarkan DJ. Fakhrurazi, teman Rosnah tersenyum lebar memerhatikan rosnah di satu sudut.

"Rosnah : Fakrurazi, this is my favorite song!!! I want to dance!!!"

Fakhrurazi tersenyum lagi. Hari ini sangat menguntungkan. Sangapnya dapat dilepaskan menjelang tiga pagi nanti.

-

2011, 5.00 pagi.

Kepala Rosnah masih pening. Dia membuka mata dan Fakhrurazi bersama beliau diatas katil. Dia mengalihkan selimut diatas badannya. Tanpa seurat benang, Rosnah bangun mencapai tuala di almari untuk menutup tubuhnya. Rosnah duduk sendirian di tingkap..

Rosnah bosan. Dia menggapai kredit kad dan dicincang serbuk putih yang telah tersedia di atas meja di tepi katil. Disusun serbuk itu sebaris dengan kemas. Tangan kiri nya menutup lubang hidung kiri. Rosnah merapatkan kepala ke meja dan... Srrrruuuppp.

Matanya terkebil-kebil dan Sebaris serbuk putih tepat di sereberum otaknya sekarang. Azan subuh berkumandang. Rosnah gembira. Rindunya bersama Aiman semakin meluap-luap. Dia mengambil kotak waktu dari tas tangan dan menghirup sebaris lagi serbuk putih.

Dan Kotak waktu itu pun berputar. Fantasi waktu. Pengubat realiti.

-

Kini, Rosnah berada di Bandar Fiksyen Merak Kayangan semula. Bersama Aiman, dia menunggu suami tercinta pulang ke rumah.

Monday, April 11, 2011

Kenangan, Love, Friendship and Bikini Bottom

Ini ialah post recyle.
_____________________________________________________________________

Dungun, Terengganu. September 2008

Petang itu tidak seperti biasa. Naluri hati inginkan ketenangan. Aku membuat keputusan pergi menikmati keindahan alam. Sesuatu yang tidak pernah aku lakukan semenjak berada di sini. Berpaksikan Laut Cina Selatan, aku duduk seorang diri menghadap keindahan ciptaan tuhan yang maha agung. Angin-angin pilu menghembus di wajahku-bersama tempias-tempias air laut. Sisiran bot nelayan di pantai aku amati sehingga ia lupus daripada pandangan. Dengan perlahan-lahan tubuhku terus berlabuh di bawah pohon yang rendang…

Sekali-sekala muncul anak ketam yang girang berlari di pantai. Desiran ombak kecil membuatkan si ketam kecil berlari kemudian pergi dan berlari dan pergi lagi. Seperti teman yang setia, ombak mengejar dan melayani karenah si anak ketam . Cuaca ketika itu sangat indah, awan kolumbus seperti berpakat mengikut angin. Sekali-sekala awan mendung berarak ke utara dan sinaran mentari menyuluh redup jiwaku.

Aku segera menyalakan rokok Winston sambil pemain MP3 memainkan lagu kumpulan Mocca, “The Best Thing in The World”. Bersama Kepulan asap rokok, suasana bertambah syahdu.

Sedang khusyuk aku menyaksikan keindahan alam, muncul satu-dua kumpulan pelajar turut serta bersama aku. Waktu-waktu petang begini memang waktu kemuncak. Sesi kuliah telah tamat dan kebanyakan pelajar meluangkan masa untuk beriadah bukan menunaikan sai’e di Arafah atau melontar jamrah. Di dalam satu-dua kumpulan itu aku perasan rakan baik aku merangkap lagenda di Dungun. Beliau berjalan riang bersama teman wanitanya a.k.a Fafau nafas panjang.

(Fafau kaki trumpet, mewakili UiTM sehingga extend satu semester).

***
Nama rakan aku tadi ialah Azne Hafiza bin Majid(x sure nama bapak dia). Seorang muysrikin Hardcore yang dah sesat dan tak boleh dibendung lagi kesohihannya. Aku selalu memanggil dia dengan nama Zeni atau Zeni Kambing. Bukan niat di hati ingin menghina tapi apabila Zeni start senyum sinis, memang mirip kambing gurun yang dahagakan kasih sayang keluarga dari Ijok.

Okay, cuba kau bayangkan kartun Berita Harian “Senyum Kambing” tapi berambut screamo macam Tomok One in A Million?(ha…apa cer..) Macam tu la beliau. Pernah satu hari ketika melepak di rumah sewa, aku dikejutkan dengan teriakan rakan-rakan rumah sewa beliau yang lain. “Bangun-bangun, lari tabligh ada kat depan, tabligh tue kenal zeni, habis la kita masak,”. Aku dah dapat mengagak ini semua gimik. Aku bangun dari tidur dan menjenguk ke tingkap. Ya, tepat sekali segerombolan kambing, yang diketuai seekor pelanduk tengah mencagut rumput di laman rumah. Lawak kambing datang telah tepu setelah enam belas kali dalam seminggu di ulang. Update la sikit kalau nak melawak.

Walaupun buruk rupa dan perangai, kami selalu berkongsi masalah dan Maggi dan boxer dan puting tetek hitam, kondom, ketiak, kutil, dan katil dan rokok dan Zenan dan kojek (apa barang kongsi zenan ngan kojek kau ambik lah dia…). Tak kira la apa-apa masalah samada makanan, kewangan dan lain-lain, beliau dah dikira soul-mate. Zeni juga seorang yang genius tapi disalah gunakan kelebihan itu. Dia mendapat tempat di sekolah berasrama penuh MRSM Besut satu ketika dahulu. Tapi oleh kerana semangat Mathematical Hardcore nya (Mathcore) yang lebih tinggi, dia terlupa formula Pai J kuasa kuasa kuasa bapak kau la mathematic, -: iaitu pelajaran Mathematic yang sebenar di sekolah.

Tak seperti rakan-rakan beliau yang berjaya, keputusan SPM nya sedikit hambar. Tamat pengajian dia ingin pergi ke Kaherah, ingin menyusuri hidup sebagai pengembala kambing katanya. Takpun ingin menjadi Ibu Susu atau ibu tumpang kepada bayi-bayi di Kaherah.(malang sungguh generasi Kaherah selepas ni) Tapi, oleh kerana desakan keluarga dan rakan-rakan, beliau akur dan menyambung pengajian di UiTM Dungun.(dengar citer bapanya sanggup pergi ke Yaman untuk mengambil air Yasin bagi melembutkan hati beliau.)

Kami berkongsi minat muzik yang sama iaitu Keroncong Portugal dan Porno-Dangdut. Selain itu, Zeni juga seorang dewa gitar. Ya, Itu teriak rakan taulan dari Dungun. Dalam proses menjadi low-profile ultimate guitarist rockstar yang looser without salaries, Zeni banyak mengubah prasangka sinis aku tentang Metal. Aku pun suka Metal Core sebab Zeni. Bila borak pasal muzik especially scaling baru, dari tengah hari hingga Syuruk tahun depan pun tak habis, yakjuj makjuj pun dah berjaya keluar waktu itu. Memang Best. Di masa terluang kami akan bertukar-tukar pandangan tentang muzik dan pengalaman…

Pengalaman…
Serius kalau Zeni yang dah extend Sembilan semester tiada, kalau dah ditakdirkan aku tak kenal Zeni sampai sekarang, tiada model untuk aku lihat siapa yang low profile looser sampai sembilan sem,.. Maybe aku sekarang ni extend dua belas / empat belas semester dan tengah penat jalan kaki pegi kelas sorang-sorang pastu Dismiss…Yeah, I’m the greatest super looser in the making. But, I’m not. Pengalaman Zeni pengalaman aku…

***

Bila kembali ke bumi, ya di pantai itu….

Aku pun melambai dari jauh dan Zeni segera datang ke pohon tempat aku beristirehat di pantai. Teman wanitanya awal-awal dah lari balik ke asrama. Mungkin tak boleh menahan nafsu melihat liuk tubuhku yang tampak mengiurkan dari jarak 13.7 Meter.

Petang itu kami melepak bersama. Bermacam-macam perkara kami bualkan. Antaranya ialah asas pertanian, asas fardhu ain, polisi insurans, prosedur ketika menghadapi tatatertib, sistem tuas, politik wang, gizi pemakanan seimbang, Gizzy Bear, Winnie the Pooh, blues clues, dan cerita hala tuju masing-masing.

“aku menyesal main-main pastu extend, kau jangan la jadi macam aku,”, Zeni.

Alhamdulillah, Zeni dah berada di Shah Alam, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan).

Tapi, sebab manusia itu umpama waktu, kejap dekat nombor satu, kejap dekat nombor dua. Kadang-kadang tengah-tengah nak kata pukul satu ke pukul dua? Tengok sekali lagi, dah pukul lima…

Atas nasihat rakan-rakan, Article ni nak sedarkan kau, dah nak dekat Exam
-keep fucking da world mate-

*Zeni jangan sampai kau jadi pukul 12.00.
_____________________________________________________________________________
2 Hari lepas gua ada dapat message daripada Azne.
"Tak boleh ke luangkan masa dengan I walaupun sekejap?"
"Kau umpama merpati putih, tapi asal-usulmu telah kau lupa"

Pundek ape sial menganjing aku. Dia ingat aku gadis-gadis ke message cam tu. Kiwak Saiko.

Thursday, April 7, 2011

Deria kehidupan yang tak diperlukan lagi di saat bulan menyinari ritma kegelapan.

Okay, tajuk entry ni memang cam sial.

-

Al-kisah
Makayla dan Henry menegur aku di fakulti. Katanya,
kenapa you sangat stress dan you dah jarang bersuara?

Aku pon menjawab,
Henry, Makayla, I have lost my sense of humour.

Makayla bertanya
Why?

Aku pun meneruskan perbualan,

Makayla, Puncanya ialah busy yang melampau. I ni busy sangat sampai sebulan tak korek telinga. Sekali korek pakai sampai 7 cotton bud. Cotton bud tu jadi hitam pulak tu siap ada mikro organisma dan benda asing. Telinga kiri tujuh cotton bud, telinga kanan pakai lima je. Mungkin pepatah melayu ada terangkan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. So, sebab tu la telinga kiri tahinya agak kurang. Ini finding kalau kita guna dependent variable punye theory SPSS dengan kaedah research example, lebih kurang konek analysis, tapi lagi rare. Puihhh.. aku mengarut... bodoh sial aku.

Selepas aku terangkan segalanya, Makayla dan Henry mengganguk serentak tanda faham dengan keadaan. Lebih-lebih lagi penerangan untuk research analysis.

Sebelum beredar aku beri kata-kata terakhir kepada mereka.
Makayla, Henry, cube check out you guys punye poket?

Makayla terkejut!!!
Hey Zickler, i found you punye sense of humour dalam poket i lah.

Henry menyambung,
Eh, dalam poket I pun ada you punye sense of humour.. kenapa biarkan ianya merata-rata.

Selepas itu, bertubi-tubi message masuk di dalam handphone aku. Antaranya ialah:

Uzmi
Zickler, kat celah-celah kopek i ada you punye sense of humour.

Diyini Zimra
Weh, asal time aku lipat baju terkeluar kau punye sense of humour. tergolek-golek berterabur doh. Penat aku nak kutip.

Dobaa
Zickler, you punye sense of humour ada dekat ampang, hari tu aku tertinggal. Okay, aku mengaku lah, aku gemuk suka balik ampang tidak mengira waktu.


Tangan Sumbang:
Mung punye sense of humour aku dah save dalam hard disk. Besok la, takpun malam-malam sikit aku email sense of humour mung. Internet lembab la.

-

Guys, sebenarnya, i dont need that sense of humour. Because you guys are my sense of humour. You guys make my day and I just happy laughing with you. Sorry la siapa yang terasa dengan tindakan aku, mungkin korang ajak borak aku tak layan ke? Korang ajak kissing aku reject ke. Sorry juga kalau aku moody. Cuma, kadang-kadang period pain tu datang, dia tarik-tarik tau. Sakit sangat, sampai i boleh kene migrain. Lagi-lagi bab tarik tu.. auuww. Sakit macam rahim kau kene tinju. (Eh, lebih-lebih pulak pasal period pain ni)


Waklu.
Aku sekarang nak jadi seorang yang lebih formal. Awal sem hari itu aku mimpi basah.