Thursday, May 26, 2011

Kaitan antara Millionaire dan Maslow's hierarchy of needs

Masa tu langit hijau, matahari merah menyinsing ketika senja berlabuh di pinggiran Batu Caves sana. Aku menggunakan teknik penulisan yang common iaitu monolog dalaman untuk menceritakan perkara ini kepada korang.

Tiba-tiba aku bermonolog dalaman. (ha... nampak tak permainan tu?) Bab-bab monolog ni juga aku mengaku aku tiru blog perempuan buncit daripada Ampang
"Kalau kau ada duit sepuluh ringgit yang disusun boleh sampai tol penchala kau nak buat apa?" Dengan kata lain duit kau berjuta-juta.

Aku menjawab monolog itu dengan padu dan panjang lebar dan diharap kamu semua tidak mengantuk pula membaca.
"Ermmm... aku tahu memang aku takkan ada duit berjuta-juta. Benda takde kalau ada pon buat ape aku nak bermonolog dan berfikir cara untuk menyampai cerita melalui blog dengan efektif. Daripada menulis perkara ini. Lebih baik aku tulis perkara(8) undang-undang Jalan P. Ramlee yang banyak club tu - Terokkkkk....

Baiklah, Aku ni jenis rajin berusaha. Aku dah calculate, aku kerja first ngan second year gaji RM1600. Aku simpan RM600 sebulan. 600x12 = RM7200.

Okay, aku kerja selama 3 tahun, RM7200x3 =RM19500.

Tahun kedua aku beli Fixie. Lepastu aku Ride sampai Mekah, sambil buat Umrah. Secara automatik duit aku ialah RM14000 je sebab tahun ketiga tu hanya angan-angan aku. Okay, masa aku ride tu mestilah aku tak kerja kan? Tolak duit insuran aku ride, dengan duit visa lawatan berkumpulan dekat Mekah, saving aku tinggal lebih kurang RM1400. Saving tu aku buat modal jual Pil Ecstasy sambil ZookOut bersama partner aku yang nama dia Thakib. Kah kah kah.

Sebenarnya simple. Umur aku 50 baru aku ada chance jadi Millionaire, sebab dalam buku psychology ada terangkan, Kekayaan ni boleh di "passkan" mengikut keturunan. Begitu juga kemiskinan. Aku ni bukanlah miskin, tapi sederhana. Maksud sederhana ialah, habis mahal aku spent kat baju pon lebih kurang RM2.70. Susah-susah aku kait je baju. Takpun aku tak pakai baju. Badan aku macam Brad Pitt dalam citer fight club. So, takdehal lah... Aku belanja awek-awek diluar sana. Tapi tak moleklah kan.

Orang sederhana ni dalam buku psychology ada bagitau. Mereka ada peluang untuk turun jadi miskin atau naik jadi kaya. Ah. Butolah ape citer nih aku nak explain korang ni? karang keluar pulak Gestalt Theory Law of Perception pulak kang, takpun theory Maslow yang tipu tu. Ada ke first sekali orang nak safety. First sekali people punye needs seks taw? Tahu tak Seks? Aku kene raba selalu dengan budak kelas aku tahu. Pundek Second needs ialah drugs, third rock and roll, fourth Berak. Apa punye Maslow's Hierarchy. Tak reti lansung.

Tapi, aku punye needs first ialah solat. Second Zikir. Aku tulis panjang-panjang pon nak bagitahu tu je.

Pesanan Special Penaja,
"Terra, I put my eyes on you bangsat. Watch'out...."

Monday, May 23, 2011

Yes. Aku dah matang.

Politik?

Minyak bakal naik 20 sen. Gula dah naik. Semua benda lah naik harga. Kenapa? Ekonomi tengah down kan? Ada satu artikel aku baca dalam berita minggu yang membuat comparison dengan Amerika. Siap buat caption cover muka depan surat khabar Amerika yang menjelaskan rakyat Amerika masih lagi berbelanja tapi dengan cara bijak. Mereka melancong dalam negeri sahaja sebagai pilihan cuti musim panas.

Kepala bapak kau.

Ini bukan blog politik. Tapi apa masalah negara kita sekarang ni? Kata nak menjuarakan rakyat. Aku tak rasa sebagai seorang juara pun. Ada orang explain dekat aku (orang yang masyuk-masyuk), okay la tu compare dengan Thailand, Indonesia. Negara kita okay lagi.

Kepala bapak kau.

Kau bukak mata bapak kau dah tinggal RM50 atas meja.
Cuba datang sini, dengar cerita peniaga-peniaga yang resah. Industri kecil dan sederhana nak bernafas pon susah kamu tahu. Melayu, cina, India semuanya tengah pening mengeluh dengan keadaan sekarang ni. Ini pon nak cekik lagi rakyat naikkan minyak pulak.

Ini bukan blog politik. Tapi kamu ialah pemuda yang boleh membuat perubahan. Bacalah surat khabar arus perdana, tapi baca juga surat khabar yang lain. Buat satu research tentang satu topik yang kamu rasa musykil. Jangan dengar sebelah pihak punya cerita sahaja, gunakan kemahiran kamu untuk menganalisis. Dan sediakanlah jawapan yang berdasarkan fakta.

Jika kamu bijak, kamu mesti pasti yang politik ni sebenarnya fucktup. Mana-mana pihak sama sahaja, janji tinggal janji. Yang ada cuma janji kosong. Ini bukan blog politik. Tapi kalau kamu bijak, kamu akan gelak tengok orang gila menulis di media arus perdana.

Daripada baca benda kat arus perdana, baik aku baca update blog orang lain yang penuh dengan makian, racism yang positif, percintaan yang dihalang kambing depan rumah, kehidupan di alam barzakh, nafsu seks kuda, kisah wanita buncit, kisah poem shahdu kuil oracle, kisah lelaki single yang suka mengambil gambar guna camera DSLR, kisah kehidupan remaja yang meminta duit ibu bapa dan macam-macam cerita lah ada.

Monday, May 2, 2011

Takde idea, Another Recycle post

Funny things about Gombak Scene. love em". Kill eM"

Perjalanan hari ini sangat jauh dan sangat berat. Berat badan aku untuk bangun ketika Jam 6.45 ni, Mungkin kerana selimut kulit babi mengelilingi tubuh badan aku yang berselulit sikit kat pinggang, di tepi bahu-dada dan juga di perut. Musim-musim raya ni memang mengelirukan, azan subuh dianggap takbir raya.

Walaupun bapak aku seorang bilal, solat subuh gajah dipraktikkan dalam kehidupan aku iaitu pada 7.20 minit pagi. Sambil menyanyikan Single’ Ron-95-Raya dendangan Datin Rosmah dan Mawi, aku memanaskan enjin motor wave 100 ber”sit”kan plastic Louise Vitton (LV).

Setelah siap memakai baju, aku sedikit terkejut melihat wajah kacak aku dicermin. Ish..Kenapa macam Brad Pitt hari ini? Minggu lepas macam Salma Hayek..erk silap macam Fahrin Ahmad.

Kemudian dengan berpakaian ala-ala Azean Irdawati dalam filem waris jaris hantu, Mak aku muncul daripada escalator rumah. Barangkali beliau daripada Swimming Pool tingkat bawah basement rumah aku. Beliau terus menegur tanpa mengucap selamat pagi.

“ah kau perasan hensem!!! Rambut serabai macam papa grunge yang selalu membuat pembakaran terbuka. Muka kamu juga muka tiada wawasan, selalu ponteng practical...takyah nak perasan la, dasar maling bisa nyuri budaya indonesia, Ganyang Malingsia penjilat pantat British”

*(dialog bahasa Indonesia itu ditambah-tambah!)

Aku menjawab, “wo hen hao, ni jiao shenme mingze, Mama sebok apsal.”
Terus penumbuk aku sampai di perut mama yang kemudian terduduk dan membisu.

“Pagi-pagi dah membebel”. Kata aku., sambil memakaikan butang di lengan baju dan menatap wajah Ashton Kutcher-Like di cermin.

Dengan lafaz Walla Takrabul Zina..Jauhkan diri anda daripada zina..., eh silap lagi. Dengan lafaz Bismillah dan juga gaya umpama Brad Pitt Muslim dalam cerita Fight Club, aku terus menaiki motor Wave 100 LV aku. Keluar sahaja dari simpang rumah aku, ada dua budak yang menunggang motosikal berpakaian sekolah menunjukkan isyarat Fuck You dengan muka kerek. Cis, dah la perhimpunan dah bermula tapi mereka tidak pergi ke sekolah lagi. Tak hormat orang tua pulak tu. Ni mesti pelapis-pelapis generasi Shuffle nie.

“Meh sini aku sekolahkan kau, lambat pun lambat la pergi kerja. Pegawai-Pegawai di Pejabat tu semua pakcik dan makcik aku keturunan Mendeleng.”

Dengan kelajuan 187 km/j aku menyusuri Highway FUKE di tengah-tengah kota Fasa-7 sambil memaki hamun Pak-Z di dalam hati kerana aku perasan dia baru nak keluar rumah. (Pak Z ialah kawan bapak aku yang selalu report aku hisap rokok dekat orang Surau)

Akhirnya, selepas adengan kejar-mengejar yang mencabar, aku berjaya menyailang motor budak sekolah tadi di hadapan lorong rumah Faiq- jalan 7/12. Budak tu tercengang, melopong melihat gaya aku. Memang gua dah tak boleh sabar dah ketika ini.

Kemudian gua turun moto dan terus sound. Maka bermula lah dialog bersama jin Macam Harun Din punye buku.

“Apahal kau!”
“Apa masalah kau?.

Kemudian budak sekolah menjawab,

“Erk… Minta maaf Bang, tongkat moto abang lupa kasi mau naik, bahaya tue”.

Aku menjawab dengan nada sedih plus malu la sial, Macam mana gua boleh ter'behave sampai cenggini. Sekemek betol lah!! Aku terus menjawab kepada budak dua orang tadi,

“Oh, terima kasih. Ingatkan apa benda la tadi kan. Nasib baik kau mintak maaf, belajar rajin-rajin. Jangan jadi macam aku nanti menyesal”

Kemudian aku menyambung dengan nada rancak bagi meng'cover malu besar gua. Memang besar malu ni, jatuh reputasi gua. Cerita bapak bilal anak kaki tonggang pun gua rasa tak buat gua Malu sampai cenggini. Kiwaklah...

Tetibe mentol dalam kepala otak gua menyala. Yeah. Gua dah dapat Idea untuk Coverline mistake ni... Apalagi.. Gua pun tanye itu budak,

” Muka kau nie macam Jep lah, kau adik dia ek? Sebab tue aku kejar kau”

”Jep buat apa sekarang? asal dah lama tak Nampak?”. Tambah aku lagi.

Adik yang sopan membalas pertanyaan,

“Erm… Silap orang kot bang, saya anak sulung. Saya minta diri dulu lah dah lambat nak pegi sekolah, tadi hantar mak pegi Klinik kat Fasa 1. Assalamua;alaikum. Selamat Hari Raya”

Dengan muka merah seperti Bradd Pitt tengah menahan nafsu syahwat beliau ketika bersama Angelina Bibir Guli, aku pergi membawa hati yang duka dan lara dek malu. Rupa-rupanya dia menggunakan jari telunjuk untuk menggambarkan tongkat motor aku.

Oleh kerana pandangan aku dari sudut 70 darjah, jari telunjuk beliau nampak macam jari fuck. Ini juga mungkin kerana aku selalu ponteng/tidor ketika kelas Sains Puan Felicia Keys, “if I ain’t got you“ tu. Lalu aku pun terlupa subjek Ilusi Optik yang aku pelajari.

Ingat tak susun kadbod banyak2 buat lubang tengah2 pastu letak lilin. Ah. Korang pon lebih kurang aku jugak jangan nak lebih. Proses kerja pon tiru aku apatah lagi pemboleh ubah, pemalar, pemanipulasi, pekerja seks dan hamba abdi.

Secara realitinya juga baru semalam dan sejak dari tingkatan satu aku lepak dengan Jep sampai aku rasa semak. Aku juga kenal wajah-wajah minang adik beradik beliau. Am (adik jep) juga berada di Dungun satu ketika dahulu bersama aku, Kami hampir bercinta tetapi atas alasan kerjaya bla bla… eh asyik2 silap je.. Masakan aku boleh lupa wajah adik-adik dia yang Pan-Gaban tu. Bukan Pan-Asian.

Perjalanan diteruskan. Hari ini sangat banyak kereta tak seperti hari Rabu minggu lepas. Selepas masing-masing membesarkan perut dengan open house dan tido dan open House, warga-warga kota meneruskan pencarian harta dunia yakni akan menjurus kepada mereka menjadi kufur Nikmat. Okay. Ntah hapa2 article ni.
















Firaun Hatsheput bro's wedding 2007.