Saturday, July 23, 2011

Itu ialah alasan

Saya ialah loser yang tiada life, buat kerja separuh jalan lepastu saya give-up.
Apa ada hal.

Saya rasa saya nak pergi Boston.

Monday, July 11, 2011

Demokrasi umpama manusia yang berpeluh ketika merentasi gurun sahara.

Akhirnya, dia mati kehausan tanpa arah tuju.

Istilah demokrasi, kebebasan bersuara tiada dalam Islam. Manusia perlu "guideline" dalam hidup. Dan Al-quran dan Sunnah itu ialah garis panduannya. Begitu juga pekerja yang perlu "guideline" dalam syarikat. Pelajar yang perlu "guideline" daripada pensyarah dan cikgu.

Kalau tiada guideline, kita Bebas? Bebas untuk buat apa? Sedangkan diri sendiri terpenjara. Mengikut arahan entah siapa-siapa.

Itulah manusia. Mahu bebas. Kemudian, tersesat di Gurun Sahara.

Istikharah je lah nak tahu mana yang betul.

UMNO, PKR? Dua-dua? Hah?

Monday, July 4, 2011

Pengawas di Sekolah



Semasa di bangku sekolah, aku telah dilantik menjadi seorang pengawas. Tapi aku tidak memakai uniform. Mungkin korang ingat aku ialah mata-mata yang merisik kegiatan samseng di sekolah. Salah, aku ialah pengawas perabot dan menjadi perisik kegiatan samseng di sekolah.

Ada satu kumpulan samseng di sekolah yang diberi nama 36top. Dekat meja-meja, tandas-tandas, stall burger awe dan HQ pengawas, semuanya terpampang tulisan 36top. Ianya diconteng ahli-ahlinya dimana, setiap contengan boleh redeem point. Contengan di tandas 3 point. Contengan di bilik guru 10 Point. Cukup 100 Point, ahli kumpulan 36Top boleh tebus hadiah dekat bos. Dengar cerita hadiah redeem point ialah Pakej Haji dan Umrah.

Baiklah, Setelah 2 tahun menjadi perisik, aku diterima menjadi ketua kumpulan 36Top. Lama kelamaan, aku jadi seronok dan aku berikan maklumat palsu dekat cikgu.

Ketika kami membungkus dadah, tiba-tiba sekumpulan FBI diketuai Agen Burke membuat serangan. Kami akhirnya tewas. Aku diberi tawaran untuk bekerjasama dengan FBI. Huh. Keputusan yang paling susah hendak dibuat dalam hidup.

Aku setuju dengan tawaran itu tetapi aku kene memakai gelang dikaki yang akan berbunyi jika aku keluar daripada sempadan daerah gombak.

Sekarang ini channel FOX sibuk buat cerita pasal aku yang bertajuk White Collar. Walaupun pelakon tu over acted tapi tak kisahlah. Janji cerita tu benar dan menjadi pengajaran untuk orang lain.

picture from aeyna.blogspot.com