Tuesday, December 20, 2011

Ptuih, Adam Adli, AUKU dan saya

Isu ptuih mahasiswa di youtube memang menarik. Lebih-lebih lagi bila ada remix yang menganjing balik pemuda-pemuda UMNO bahagian petaling jaya.

Isu ni pulak bermula daripada Adam Adli selaku wakil persatuan Mahasiswa yang menjatuhkan bendera wajah najib di PWTC - untuk meminda AUKU.

Selaku pelajar, aku rasa, persatuan Mahasiswa atau SSM ke ape benda nama dia pon aku tak sure, tidak mewakili majoriti pelajar itu sendiri.

Yang menjadi masalah ialah video Ptuih Mahasiswa ni membuatkan student-student rasa jengkel dan menyampah dengan tindakan mereka yang esyen-esyen taiko.

Yang penting sekarang ni, isu ini sebenarnya DIPOLITIKKAN oleh ahli politik. Syabas buat Pakatan Rakyat. Oleh kerana PR tau kelemahan UMNO iaitu pantang diusik, mereka telah membuat strategi bijak untuk membuatkan pengundi membenci UMNO.

Eh, kau ingat orang suka ke tindakan pra-matang nak ludah-ludah orang, nak ugut-ugut orang. Pastu kau sebut Mahasiswa ni takde otak. Aku ni, kau nak cakap takde otak takpelah, belajar pon merapu-rapu.

Tapi, bagi Mahasiswa lain, takde otak tu perkataan yang provok diorang tau. Kau bayangkan ada yang tak tidur sampai tiga hari buat assignment atau study untuk score A. Japgi orang cakap kau takde otak. Gila ke.

UMNO pulak, strategi korang tak habis-habis guna TV3, RTM, UTUSAN dan ETC untuk political campaign. Nasihat aku jangan pandang rendah New Media punya penangan. PR nampak peluang ni sebab kebanyakan budak muda memang tak boleh dipisahkan dengan New Media.

Kalau lah, UMNO tenang je handle isu ni, serius la memang benefit dia banyak tau. Rugi doh UMNO. Senang-senang je PR dapat point untuk pilihanraya.

Dan bagi saya, Annzickler, pendapat saya?

Aku enjoy aku punya student life. Aku mengaku lah aku buang duit mak bapak aku sikit-sikit. Tapi, dah nama pun student. Bangun tengah hari, masak maggi, main PES2012, lepak-lepak tengok bola, study, jumpa lecturer, baju kepam banyak-banyak dalam raga, pergi kelas dan macam-macam lagi.

Aku tak rasa pon nak berpolitik. Sapa nak kawan ngan aku sial kalau aku pakai baju sterika-sterika, pastu siap seluar slack, rambut belah tengah, gaya bercakap macam Anuar Ibrahim. Esyen-esyen berpendidikan. Kau gila ke.

Kesimpulannya,
banyak lagi student yang tak ambil port pasal AUKU sebab busy dengan hal masing2.
SSM Mahasiswa yang cerita pundek nak revolusi pon tak mewakili semua pelajar.
Orang UMNO jangan jadi bodoh buat video nak ludah orang. Orang menyampah tau.
Adam Adli tu bangang dia boleh tahan jugak lah
Pakatan Rakyat power main isu untuk provok orang UMNO, especially, yang kating2 kuat bodek nak dapat projek. diorang ni la yang buat orang benci UMNO.
Aku suka main PES2012 graphic lawa doh

Saturday, December 17, 2011

Lelaki yang memandu ke Champion

16,17,18,19,20,21,22,23...

Figure di atas (figure gitu) menunjukkan umur aku dan beberapa rakan yang membesar sekali dengan aku memandu ke Champion.

Daripada 5 biji kereta rombongan kami masa tahun 2005, sehinggalah ke 1 biji kereta yang hanya ada dua orang iaitu aku dan Jenglod ketika oktober 2011.

Champion ialah sebuah club yang rata-rata pelanggannya ialah chinese. Di luar champion ada sebuah taman. Taman pelacuran - rata-rata pengunjungnya 1Malaysia termasuk, Arab, Nepalese, Myanmarian dan banyak lagi.

Semua kawan-kawan ni, katanya dah tak larat dah nak pergi sana. Boring. Bukan semua yang pergi melanggan, ada yang pergi sekadar nak cuci mata.

Dalam perjalanan aku berbual tentang tewasnya kawan-kawan kami yang datang ke champion. Kebanyakannya masih lagi remaja dan teruna satu ketika dulu. Macam-macam boleh jadi. Contohnya, A datang ke champion hanya suka-suka. Nak tengok pelacur.

OK. Sebelum kitorang balik, A nak pinjam duit aku RM100 and of course i will said no. RM100, my honest gain money yang susah nak dapat, perlu ke aku bagi kau untuk layan pelacur.

Lepastu kitorang balik. A dan seorang lagi teman pergi cucuk duit kat ATM, minum jap dengan kitorang dan tetiba hilang. Mana diorang pergi agaknya.

A, dengar cerita dah nak kahwin. Yang lain-lain pulak sibuk dengan makwe.

Tetiba Jenglod bersuara,

A dulu time takde makwe suka tau pergi sini, aku agak kan, lelaki yang pergi champion ni semua takde makwe macam kita.

Aku terus buat pusingan U dan terus ke Jalan P. Ramlee.

_______

Ringochi a.k.a Babal pundek. Adake hack blog orang. cis.

Thursday, December 15, 2011

hening pagi

saya suka main laptop orang lepas tu lupa sign out. tehehe. babal hensem

ps: bukan babal yang hack

Tuesday, December 13, 2011

UNPUBLISHED POST - semester 3

Diwaktu tengahari yang hening, saya berlegar-legar di belah tepi Matahari. Saya menikmati roti gulung berharga 80sen bersama Nescafe Tarik. Sedang asyik menikmati makanan, saya terserempak dengan kenalan saya haritu bernama Makayla.

"hye Makayla, lama tak nampak apa khabar"

Makayla menjawab,
Hye Zickler, i'm fine just quiet busy di hujung-hujung semester ini. Remember my friend, Henry Goldberg.

Saya Menegur Henry,
Hye, Henry, saya zickler, untuk pengetahuan awak, saya lah yang paling jambu di padang mahsyar, nombor dua Yob Dagor, dan nombor tiga Ismael Catalan.

Henry membalas,
Yeah, i'm sure about that facts. You sekarang ni I tengok busy jer... You ada buat part time ke?

Aku menjawab soalan Henry
Henry......
Saya sangat busy di seluruh galaksi ini, malah ia bukan bermula di galaksi ini, sejak saya di bangku sekolah lagi saya dah biasa dengan Industri Busy ini. Semasa dibangku sekolah, saya dilantik menjadi pengawas perabot. Sangat Busy.

Kerja ini sangat mulia dan memahirkan anda dengan teknik-teknik perkayuan yang betul. Setelah graduasi saya berjaya membuat barangan perabot daripada rotan. Oh ya, untuk pengetahuan, Sekarang saya supplier rotan yang utama di Sekolah Bandar Baru Sentul (2).

____________

Ini ialah post berkait. aku pon tak tau dengan yang mana satu

Sunday, December 11, 2011

The beauty of Arson

hari ini. semalam. atau. esok.

Api oren membakar hujung batang rokok ketika Sarip memetik lighter untuk merokok. Hembusan asap penuh mengelilingi muka beliau. Dia ditemani Irfan Bakti yang baru mencucuh puntung rokok ke ashtray. Rokok yang ke-18.

Empat jam dia berada di Restoran. Menunggu mangsa mereka yang seterusnya. Kemudian, Irfan bakti cuba berdehem sebagai isyarat kepada Sarip. Sarip pula menoleh ke arah Irfan dan mengangguk tanda bersedia.

Pang! Pang!

Dua das tembakan dilepaskan ke siling oleh Irfan Bakti.

Sarip meluru dan mengacukan pistol kearah mangsanya Datuk Sufian El-Shaawary yang meniarap. Sarip membuka seluar dan menunjukkan anunya kepada Datuk Sufian. Datuk Sufian tergamam dan bertanya apa rahsianya.


"hari ini. semalam. atau. esok masih kekal. Cuba try Dato',"

Wednesday, December 7, 2011

Tauladan untuk semua

Ini kisah lama yang bila diceritakan, aku yakin akan menjadi pedoman dekat korang.

Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman
Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman
Pedoman Pedoman Pedoman

Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman
Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman

Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman PedomanPedoman Pedoman Pedoman Pedoman Pedoman

Aku harap you guys semua insaf bila baca kisah ini.