Saturday, December 17, 2011

Lelaki yang memandu ke Champion

16,17,18,19,20,21,22,23...

Figure di atas (figure gitu) menunjukkan umur aku dan beberapa rakan yang membesar sekali dengan aku memandu ke Champion.

Daripada 5 biji kereta rombongan kami masa tahun 2005, sehinggalah ke 1 biji kereta yang hanya ada dua orang iaitu aku dan Jenglod ketika oktober 2011.

Champion ialah sebuah club yang rata-rata pelanggannya ialah chinese. Di luar champion ada sebuah taman. Taman pelacuran - rata-rata pengunjungnya 1Malaysia termasuk, Arab, Nepalese, Myanmarian dan banyak lagi.

Semua kawan-kawan ni, katanya dah tak larat dah nak pergi sana. Boring. Bukan semua yang pergi melanggan, ada yang pergi sekadar nak cuci mata.

Dalam perjalanan aku berbual tentang tewasnya kawan-kawan kami yang datang ke champion. Kebanyakannya masih lagi remaja dan teruna satu ketika dulu. Macam-macam boleh jadi. Contohnya, A datang ke champion hanya suka-suka. Nak tengok pelacur.

OK. Sebelum kitorang balik, A nak pinjam duit aku RM100 and of course i will said no. RM100, my honest gain money yang susah nak dapat, perlu ke aku bagi kau untuk layan pelacur.

Lepastu kitorang balik. A dan seorang lagi teman pergi cucuk duit kat ATM, minum jap dengan kitorang dan tetiba hilang. Mana diorang pergi agaknya.

A, dengar cerita dah nak kahwin. Yang lain-lain pulak sibuk dengan makwe.

Tetiba Jenglod bersuara,

A dulu time takde makwe suka tau pergi sini, aku agak kan, lelaki yang pergi champion ni semua takde makwe macam kita.

Aku terus buat pusingan U dan terus ke Jalan P. Ramlee.

_______

Ringochi a.k.a Babal pundek. Adake hack blog orang. cis.

No comments:

Post a Comment