Tuesday, December 20, 2011

Ptuih, Adam Adli, AUKU dan saya

Isu ptuih mahasiswa di youtube memang menarik. Lebih-lebih lagi bila ada remix yang menganjing balik pemuda-pemuda UMNO bahagian petaling jaya.

Isu ni pulak bermula daripada Adam Adli selaku wakil persatuan Mahasiswa yang menjatuhkan bendera wajah najib di PWTC - untuk meminda AUKU.

Selaku pelajar, aku rasa, persatuan Mahasiswa atau SSM ke ape benda nama dia pon aku tak sure, tidak mewakili majoriti pelajar itu sendiri.

Yang menjadi masalah ialah video Ptuih Mahasiswa ni membuatkan student-student rasa jengkel dan menyampah dengan tindakan mereka yang esyen-esyen taiko.

Yang penting sekarang ni, isu ini sebenarnya DIPOLITIKKAN oleh ahli politik. Syabas buat Pakatan Rakyat. Oleh kerana PR tau kelemahan UMNO iaitu pantang diusik, mereka telah membuat strategi bijak untuk membuatkan pengundi membenci UMNO.

Eh, kau ingat orang suka ke tindakan pra-matang nak ludah-ludah orang, nak ugut-ugut orang. Pastu kau sebut Mahasiswa ni takde otak. Aku ni, kau nak cakap takde otak takpelah, belajar pon merapu-rapu.

Tapi, bagi Mahasiswa lain, takde otak tu perkataan yang provok diorang tau. Kau bayangkan ada yang tak tidur sampai tiga hari buat assignment atau study untuk score A. Japgi orang cakap kau takde otak. Gila ke.

UMNO pulak, strategi korang tak habis-habis guna TV3, RTM, UTUSAN dan ETC untuk political campaign. Nasihat aku jangan pandang rendah New Media punya penangan. PR nampak peluang ni sebab kebanyakan budak muda memang tak boleh dipisahkan dengan New Media.

Kalau lah, UMNO tenang je handle isu ni, serius la memang benefit dia banyak tau. Rugi doh UMNO. Senang-senang je PR dapat point untuk pilihanraya.

Dan bagi saya, Annzickler, pendapat saya?

Aku enjoy aku punya student life. Aku mengaku lah aku buang duit mak bapak aku sikit-sikit. Tapi, dah nama pun student. Bangun tengah hari, masak maggi, main PES2012, lepak-lepak tengok bola, study, jumpa lecturer, baju kepam banyak-banyak dalam raga, pergi kelas dan macam-macam lagi.

Aku tak rasa pon nak berpolitik. Sapa nak kawan ngan aku sial kalau aku pakai baju sterika-sterika, pastu siap seluar slack, rambut belah tengah, gaya bercakap macam Anuar Ibrahim. Esyen-esyen berpendidikan. Kau gila ke.

Kesimpulannya,
banyak lagi student yang tak ambil port pasal AUKU sebab busy dengan hal masing2.
SSM Mahasiswa yang cerita pundek nak revolusi pon tak mewakili semua pelajar.
Orang UMNO jangan jadi bodoh buat video nak ludah orang. Orang menyampah tau.
Adam Adli tu bangang dia boleh tahan jugak lah
Pakatan Rakyat power main isu untuk provok orang UMNO, especially, yang kating2 kuat bodek nak dapat projek. diorang ni la yang buat orang benci UMNO.
Aku suka main PES2012 graphic lawa doh

1 comment: